Sunday, June 01, 2008

Tenaga Pengajar Asas Kejayaan Umat Manusia

Wei Liang Goh,
Saya kagum dengan pandangan anda. Anda fasih menggunakan bahasa kebangsaan dan anda arif tentang sejarah negara. Sebagai seorang guru, saya pasti akan merasa bangga jika anda adalah bekas anak didik saya. Syabas! Anda sesungguhnya rakyat Malaysia.

oleh Cikgu Hiriyati


Salam sejahtera Cikgu. Terima kasih atas pujian ini. Hmm. Memang benar. Tak ramai tahu saya ni fasih berbahasa Melayu. Haha. Malah, saya pernah mewakili sekolah untuk perbahasan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Antara guru-guru yang telah mendidik saya dalam subjek Bahasa Melayu - Tuan Haji Sidek (oh Cikgu Sidek baru sahaja menunaikan Haji di Mekkah dan beliau amat rapat dengan keluarga saya sejak sekolah menengah), Puan Khamsiah, Puan Zaleha (guru perbahasan Bahasa Melayu) dari SMK St. Michael Ipoh.

Tiba-tiba pujian Cikgu Hiriyati membawa saya ke zaman persekolahan. Memang patutlah saya mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah berjasa dalam hidupku ini. Terima kasih.

Tak apalah kalau saya tak pernah menjadi anak murid Cikgu Hiriyati. Anak Malaysia ini sentiasa menghormati tenaga pengajar. Tanpa pendidik, siapakah Wei Liang? Tanpa guru, siapakah Dr Mahathir? Tanpa Cikgu, siapakah Yang di-Pertuan Agong?

Tanpa pendidikan dan tenaga pengajar, kami semua tidak akan mencapai apa-apa. Ampun Tuanku kerana mencemar duli Tuanku di sini. Patik hanyalah menggunakan contoh untuk menunjukkan seberapa pentingnya seseorang itu, tanpa Guru dan pendidikan, pencapaian pada hari ini hanya menjadi impian yang dikejar seumur hidup.

Harap-harap pihak Istana tidak murka.

Sesiapa yang mengaku dirinya orang Malaysia, patutlah fasih menggunakan Bahasa Kebangsaan. Sikap patriotisme perlu disemai dalam diri setiap rakyat Malaysia. Lihatlah masyarakat Jepun. Kejayaan mereka hari ini disebabkan oleh sikap patriotisme mereka. Perkara ini telah lama saya katakan semasa saya menulis tentang isu Proton dan perindustrian di Jepun.

http://manifestogwl.blogspot.com/2006/10/malaysian-failure-code.html


Semoga setiap anak Malaysia sedar suatu hari nanti.

Blogger "A Piece of My Mind" di sini mengucapkan terima kasih atas sokongan dan pujian Cikgu Hiriyati. Agak mengejutkan bagi saya untuk membaca blog seorang guru ! Haha. Syabas, Cikgu ! It is indeed a great blog and with interesting materials in it ! Keep it up !

1 comment:

Ahmad Amzar said...

hehe,cikgu sidek..send my regards to him k?