Malah, (bekas) MB Perak itu dikatakan enggan meletak jawatan bersama dengan barisan EXCO Perak.
Titah Sultan Perak - Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin perlulah meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuatkuasa serta merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.
Seumur hidup saya, saya sentiasa menghormati Tuan Guru Nik Aziz. Walaupun ideologi saya dan Tuan Guru berbeza, namun saya tetap menyokong pentadbiran Tuan Guru.
Terlalu banyak cerita yang saya dengar tentang Tuan Guru yang menyayangi rakyat dan Kelantan.
Kini, Tuan Guru Nik Aziz telah bersuara. Harap harap Datuk Seri Anwar Ibrahim pasang telinga dan dengar.
Inilah yang Tuan Guru kata :
“I really hate those who hop because it is tantamount to betraying the trust of the people who voted for them,” he said.
Tetapi saya percaya Anwar tak akan faham. Anwar tak faham tak apa, saya bukannya peduli sangat.
Cuma saya marah apabila mendengar Kerajaan Barisan Nasional akan dibentuk dengan undian 3 orang ADUN bebas.
Cuma saya marah apabila mendengar Kerajaan Barisan Nasional akan dibentuk dengan undian 3 orang ADUN bebas.
YB Behrang dan YB Changkat Jering bakal menghadapi kes mahkamah bagi dakwaan rasuah. Mereka berdua ditangkap bersama dengan bukti di sebuah hotel.
Barisan Nasional akan menghadapi masalah yang serius sekiranya mereka berdua disabit kesalahan menerima rasush.
Sekiranya mereka didapati tidak bersalah, maka mulalah Pakatan Rakyat berkokok bahawa kehakiman Malaysia dikawal oleh Barisan Nasional.
Rakyat akan mula percaya khabar angin bahawa mereka berdua akan dibebaskan daripada dakwaan kes rasuah sekiranya menyokong Barisan Nasional.
Tok Det pun dah mula marah. UMNO dan Barisan Nasional masih tak sedar diri.
Walau apapun, APOMM akan menjunjung titah Tuanku dan menyokong Kerajaan Negeri Perak yang baru.
(Credits to The Star and Malaysiakini for the photos)
No comments:
Post a Comment