Friday, February 06, 2009

The Multi Million Ringgit Story in Perak

Saya taklah kenal sangat Datuk Seri Najib Tun Razak. Ingin juga saya jelaskan bahawa saya bukan peminat ataupun penyokong Najib.

Namun saya ingin bertanya kepada 5 ADUN DAP di Perak yang mendakwa mereka dihubungi agen Barisan Nasional untuk menyertai parti BN bersama dengan "angpow" berjuta-juta ringgit.

Di Kedah juga ada beberapa Yang Berhormat yang mendakwa mereka pernah ditawarkan jutaan ringgit untuk menyeberangi lautan pergolakan politik ke tebing Barisan Nasional.

Kalau RM 50 juta ditawarkan di Perak, dan katakan 5 ADUN di Perak itu ditawarkan RM 5 juta seorang, dan katakan RM 25 juta ditawarkan di Kedah, jumlahnya RM 100 juta.

Rakyat percaya berita sebegini? Saya sudah berjumpa banyak orang di Perak dari semua lapisan. Melayu, Cina dan India. Yang kaya, yang miskin, yang berniaga, yang menjadi surirumah dan sebagainya.

Semua mengatakan YB Hee menerima berjuta-juta ringgit dan Najib memberi wang berpuluh juta kepada mereka.

Ingin saya bertanya kepada rakyat, RM 100 juta yang dibicarakan di sini. Bukan RM 100 atau RM 100,000.

RM 100 juta. Secara rasional, adakah Najib menganggap RM 100 juta itu helaian kertas yang tidak bernilai seperti kertas A4?

Sekiranya ada bukti, sila kemukakan.

2 comments:

Anonymous said...

nak mati ke tunjuk bukti bang? Ever heard of "hot money" brought into Mesia and seats "idly" until the right moment arrives? Hmmm.....

Ciakk!!

Anonymous said...

Alaaa nak buat fitnah dan cerita mana perlu bukti. kan? kan? kan?