Wednesday, February 18, 2009

Anwar Kata Celaka

Apabila Anwar kata ini kerja celaka dan jahat

Dalam politik inilah yang dipanggil “bola tanggong”.Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim rupanya marah betul kepada Agendadaily kerana menyiarkan gambar ADUN PKR Bukit Lanjan Elizabeth Wong berdiri ‘ terlalu rapat’ dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu majlis.

Ini diluahkannya semasa menjawab soalan para wartawan dalam sidang akhbar di lobi Parlimen petang Selasa mengenai langkah Wong tawar diri untuk letak jawatan Exco Kerajaan Negeri dan ADUN serentak.

Bagi Ketua pembangkang yang petah bercakap itu ia satu kerja jahat untuk menghina dan mengaibkan orang.

Katanya,“Menteri Besar beritahu, dia beri ruang kepada Eli (Elizabeth) yang tentunya sebagai manusia biasa mendapat tekanan kuat termasuk beberapa web site yang cuba menghina beliau terus. Saya perhatikan dalam web site Agendadaily yang cuba mempermainkan seolah-olah ada gambar-gambar kurang baik YB Eli dengan Tan Sri Khalid,”


"Cara ini merupakan kerja yang celaka dan jahat. Kerja menghina dan mengaibkan orang. Kalau ada bukti, silakan,” katanya.

SEBAGAI CATATAN: harap-harap Datuk Seri Anwar tidak mudah lupa.Orang kanan Datuk Seri yakni YB Tian Chua iaitu Ketua Penerangan PKR pernah bikin gempar membuat lakaran gambar superimpose Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang makan bersama model Mongolia yang mati dibunuh di Malaysia ,Altanyuya serta Abdul Razak Baginda.

Semua orang faham apa tujuan disebaliknya.

YB Tian Chua sendiri mengaku beliau yang lakar gambar itu.Lakaran ini yang mulanya disiarkan dalam laman blognya kemudianya disiar dalam berbagai laman web dan blog setelah ia menjadi isu kontroversi.

Hairan juga kenapa waktu itu sebagai bosnya, Datuk Seri tak maki hamun YB Tian Chua kata,” apa ini kamu bikin kerja celaka mau aibkan orang main-main macam ini.”



sumber : Agendadaily.com

Nota: Sampai hari ini, Anwar dan Tian Chua tidak dapat menunjukkan gambar Najib dan Altantuya.

4 comments:

Ahmad Amzar said...

haha..curse u la Anwar..diorang sudah lupa ke yang gambar Paklah pegang Michelle Yeoh digunakan secara meluas masa PRU12?curse u Anwar,curse u Anwar

Goh Wei Liang said...

Agendadaily kata

"Oopps lupa…sudah ada undang-undang tak bertulis di negara ini yang menetapkan apa saja tomahan dan fitnah yang PKR dan pembangkang buat sentiasa suci bersih murni."

Ahmad Amzar said...

hehe..what is for me is halal,what is for u is haram..hahahah

Anonymous said...

si anwar the bloody trouble maker...siapa tak kenal..putaq alam dari bukit mertajam