Sedih saya melihat rombongan Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah diganggu penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.
Lebih menyedihkan apabila melihat klip video di NTV7 yang memaparkan kereta rasmi Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah dibaling batu dan para penyokong Pakatan Rakyat mula bertindak ganas terhadap rombongan Raja Muda Perak.
Berita ini dilaporkan juga di Malaysiakini di SINI.
3.19pm: A vehicle with a yellow (royal) registration plate, said to be ferrying Perak crown prince Raja Nazrin Shah, is pelted with stones by angry supporters. The black limo is stopped by the protesters for a number of minutes before it can continue on its way to the palace.
Malaysia sebuah negara yang berdaulat dengan Raja Berperlembagaan. Institusi Diraja memang tidak kebal di bawah Undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.
Namun, berani kamu mencabar dan mengganas di depan Raja Nazrin Shah! Perbuatan sebegini memang tidak dihormati.
Adat istiadat Melayu merupakan sesuatu identiti yang diperjuangkan oleh Raja-raja Melayu sehingga hari ini.
Segala perselisihan, walaupun dengan Kerabat Diraja, mempunyai jalan penyelesaian yang aman dan damai.
Saya, sebagai rakyat Malaysia dan orang Perak, ingin bertanya kepada para penyokong yang bertindak ganas dan menyerang rombongan Raja Nazrin itu.
Ingatkah pepatah "biar mati anak, jangan mati adat"?
Jangan bertindak kasar terhadap Raja Nazrin Shah yang disanjungi rakyat Perak. Sekiranya perkara ini berulang, saya percaya Pakatan Rakyat akan menerima padah di Perak.
Bukannya saya tak sokong Pakatan Rakyat. Saya sebenarnya berpendapat bahawa Nizar akan menjadi Menteri Besar yang baik jika menerima sokongan daripada majoriti ADUN dan melaksanakan polisi yang adil dan saksama kepada semua kaum.
Tetapi Pakatan Rakyat tak payah sampai mencabar Institusi Diraja melalui demonstrasi jalanan dan bertindak kasar terhadap Raja Nazrin Shah!
APOMM akan terus mempertahankan Institusi Diraja Perak.
(Sesiapa yang ada klip video rombongan Raja Nazrin diserang, sila hantar alamat web atau klip video berkenaan ke emel saya di manifestogwl@gmail.com)
No comments:
Post a Comment