Dalam agama Islam, atau mana-mana agama pun, melakukan fitnah terhadap individu lain merupakan dosa yang berat.
Di Kuala Kangsar semalam, ada yang melaung "Najib, Najib, Najis" dan "Altantuya". Najib dikatakan pernah bertemu dengan Altantuya.
Tian Chua dan parti pembangkang pernah berkata mereka ada gambar Najib dan Altantuya. Kenapa yang melaung "Allahukhbar" dan mereka yang bukan Islam tidak bertanya kepada Anwar atau Tian Chua - "DI MANA GAMBARNYA?"
Ada juga seorang blogger yang menulis artikel bahawa dia ada maklumat dan bukti bahawa Rosmah berada di tempat kejadian.
Persoalannya begini. Mengapa tak tunjuk bukti? Alasannya mudah. Takut mati.
Sebenarnya negara ini tak pernah melihat ahli politik mati dibunuh kerana menentang pemimpin.
Tunku Abdul Rahman dicabar oleh sekumpulan pemimpin UMNO. Dr Mahathir ditentang kuat oleh Free Anwar Movement.
Ada sesiapa yang terkorban dalam pergolakan politik ini? Cukuplah. Jadilah anak jantan dan jangan bohong.
Sekiranya bukti dapat ditunjukkan kepada 20 juta rakyat Malaysia bahawa Najib dan Rosmah merupakan dalang di sebalik pembunuhan Altantuya, saya memberi komitmen dan janji saya kepada rakyat Malaysia bahawa APOMM akan menentang pemimpin sebegitu habis-habisan.
Buat masa ini, kenapa tak luangkan masa tanya Anwar, Tian Chua dan RPK di mana gambar Najib duduk semeja dengan Altantuya dan bukti-bukti bahawa Najib dan Rosmah terlibat?
No comments:
Post a Comment