Friday, February 06, 2009

Mengapa Pakatan Rakyat ditolak?

Tugas seorang Raja Melayu adalah untuk menjaga kepentingan rakyat, serta melindungi hak-hak keistimewaan Raja-raja Melayu, agama Islam, dan kaum bumiputera.

Kesemua ini terkandung dalam Undang-undang Berkanun Negeri Perak dan Perlembagaan Malaysia.

Sekiranya Sultan dan pihak Istana merasakan Kerajaan Tuanku menghadapi masalah seperti

1. Menteri Besar boneka,
2. hak-hak keistimewaan Islam, Raja-raja Melayu dan kaum bumiputera dicabar
3. polisi Kerajaan Tuanku mempunyai salah guna kuasa
4. tiada persefahaman wujud sesama ahli MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan)
5. Kerajaan Tuanku bersifat perkauman

Sultan Perak berhak untuk menjaga kami, rakyat Perak, bagi meneruskan kestabilan, perpaduan dan pembangunan di negeri Tuanku.

Menteri Besar Perak bagaikan boneka DAP di Perak. Saya akan menjelaskan tentang isu Ngeh-Nga di Perak lewat hari ini.

Saya percaya rakyat negeri Perak faham. Hormatilah titah Sultan Perak.

Tuan Guru Nik Aziz sudahpun memberitahu Nizar dan Pakatan Rakyat supaya berundur dan menjunjung titah Tuanku.

Pakatan Rakyat patut menilai semula faktor pengunduran YB Osman, YB Jamaluddin, YB Nasaruddin dan YB Hee dari Pakatan Rakyat.

1 comment:

Jared said...

There's nothing else PR can do but to retreat and accept defeat. Nizar should respect the Sultan's decision and resign with humility. Instead, he has become a sore loser.

If PR insists that they will stay put, it will reflect very badly on their image. Since PR is confident that the people of Perak supports them, then try again in the next GE. As leaders, they should accept responsibility and defeat with integrity. Going against the will of the Sultan will not help them in any way. If they so happen managed to stay in power against the Sultan's will, I'm sure it would only do further damage towards their relationship with the royal palace and hamper their chances for success in future GE.

Bear in mind, I'm not a PR supporter nor a BN supporter. This is an opinion from a neutral perspective. Leaders should always think the long run, not the short term benefits.