Thursday, September 18, 2008

Undi Tak Percaya

Datuk Seri Anwar Ibrahim, jika benar ada 31 MP Barisan Nasional akan berpindah ke kem Pakatan Rakyat, maka umumkanlah.

Saya percaya Istana Negara tentu akan memberi restu kepada Pakatan Rakyat sekiranya ada bilangan majoriti untuk membentuk Kerajaan Malaysia yang baru.


And the numbers are increasing by the hour. Begitulah kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lain hari, cerita sama.

Tak perlulah nak tunjuk kepada Pak Lah. Tunjuklah kepada rakyat dan Istana Negara. Pak Lah tak perlu beri restu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 6.



Buat masa ini, saya tak tahulah sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim ni bercakap benar atau tidak. Sekiranya benar, tak perlulah bazir masa. Terus sahaja ke Istana Negara dan mendapat restu Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan bersama dengan senarai MP majoriti Pakatan Rakyat.



Parti-parti komponen Pakatan Rakyat perlulah memohon kepada Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat (tak wujud lagi) untuk mengadakan usul undi tidak percaya terhadap Ketua Pembangkang Negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Maaflah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebagaimana Datuk Seri nak mohon usul undi tak percaya terhadap Pak Lah, saya juga ingin ahli-ahli MP dan ADUN Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat antara pemimpin-pemimpin Majlis Tertinggi DAP, PAS dan PKR.


Walaupun PR tidak ada Majlis Tertinggi, namun, pemimpin-pemimpin dan para wakil rakyat PR perlu bermesyuarat sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mempunyai kredibiliti untuk memimpin Pakatan Rakyat.



Pada awalnya, saya berpendapat bahawa PAS yang mempunyai pendapat bercanggah di mana sebilangan ahli melahirkan rasa sangsi terhadap kata-kata dan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin PAS pula menyokong penuh usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Kini, nampaknya DAP pun tak sehaluan sesama pemimpin. YB M Kulasegaran menentang "crossovers" tetapi YB Lim Kit Siang setuju dengan kerenah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan "crossovers".

Adakah ini amalan demokrasi? Menipu undi rakyat yang memilih calon dan parti semasa pilihan raya? Pada hari mengundi di mana rakyat berasa begitu berkuasa, nampaknya kini undi dan amanah rakyat terhadap calon dan parti tidak dipegang.

Seperti kata Professor di UUM, if Anwar fails to topple the Government as planned on Sept 16, he will continue trying for the next few years.


Lima tahun tanpa kestabilan politik. Siapa yang sengsara? Rakyat jelata. Ku mengeluh, kerana ku dengar tangisan Malaysia, tanah tumpah darahku.

No comments: