Sekiranya ditanya pendapat saya tentang isu perkauman di Malaysia, saya tetap dengan jawapan saya bahawa masalah perkauman mempunyai ciri-ciri dinasti. Memandangkan isu perkauman berterusan dan diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain bagaikan dinasti, memanglah tidak dapat saya menyembunyikan pendapat saya bahawa generasi pra merdeka menjadi penghalang kepada perpaduan.
Sekiranya ditanya pendapat saya tentang isu perkauman di Malaysia, saya tetap dengan pendapat saya bahawa generasi pra merdeka dan satu generasi selepas itu masih mempunyai "DNA Perkauman". Hanyalah generasi ke-3 ataupun 2 generasi selepas generasi pra merdeka akan menjadi titik permulaan berlakunya perpaduan dengan adanya warganegara yang berpendidikan, matang dan demokratik.
Walau bagaimanapun, saya tidak bersetuju dengan perbalahan di Malaysia antara pemimpin-pemimpin dalam akhbar. Pemimpin memimpin rakyat. Sekiranya pemimpin bertindak sebegini, maka rakyat juga akan berbalah sesama sendiri.
Di manakah wujudnya perpaduan? Di manakah wujudnya kemajuan bangsa dan negara? Malaysia tidak perlu dan tidak ingin melihat isu Mei 13 lagi. Cukuplah dan bersatulah. Negara-negara Eropah sibuk membangunkan ekonomi mereka. Malah, negara-negara ASEAN seperti Vietnam dan Thailand juga sedang membangun dengan pesat. Janganlah kami membiarkan perbezaan warna kulit kita menjadi penghalang kepada kemajuan negara.
Bersatulah Malaysia. Kalau tidak, suatu hari nanti, hilanglah kedaulatan dan kemerdekaan negara. Suatu hari nanti, manalah tahu kita akan kehilangan rumah dan negara sebagaimana kita kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura ataupun seperti negara Iraq. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Ingatlah, wahai rakyat Malaysia, wahai pemimpin-pemimpin Malaysia.
Sekiranya ditanya pendapat saya tentang isu perkauman di Malaysia, saya tetap dengan pendapat saya bahawa generasi pra merdeka dan satu generasi selepas itu masih mempunyai "DNA Perkauman". Hanyalah generasi ke-3 ataupun 2 generasi selepas generasi pra merdeka akan menjadi titik permulaan berlakunya perpaduan dengan adanya warganegara yang berpendidikan, matang dan demokratik.
Walau bagaimanapun, saya tidak bersetuju dengan perbalahan di Malaysia antara pemimpin-pemimpin dalam akhbar. Pemimpin memimpin rakyat. Sekiranya pemimpin bertindak sebegini, maka rakyat juga akan berbalah sesama sendiri.
Di manakah wujudnya perpaduan? Di manakah wujudnya kemajuan bangsa dan negara? Malaysia tidak perlu dan tidak ingin melihat isu Mei 13 lagi. Cukuplah dan bersatulah. Negara-negara Eropah sibuk membangunkan ekonomi mereka. Malah, negara-negara ASEAN seperti Vietnam dan Thailand juga sedang membangun dengan pesat. Janganlah kami membiarkan perbezaan warna kulit kita menjadi penghalang kepada kemajuan negara.
Bersatulah Malaysia. Kalau tidak, suatu hari nanti, hilanglah kedaulatan dan kemerdekaan negara. Suatu hari nanti, manalah tahu kita akan kehilangan rumah dan negara sebagaimana kita kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura ataupun seperti negara Iraq. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Ingatlah, wahai rakyat Malaysia, wahai pemimpin-pemimpin Malaysia.
I VOTE FOR UNITY, KU UNDI PERPADUAN !
August 01, 2006
Sekiranya kita rajin membaca sejarah , kita pasti dapat memahami faktor – faktor polarisasi . Namun , ketekunan mengaji sejarah tidak akan menjamin kefahaman ‘human behavior’ di Malaysia .
Izinkan hamba memberi analysis yang dipercayai pencetus isu perkauman . Isu perkauman ini telah mula sejak pemerintahan British . Dasar pecah dan perintah British berlaku bukan kerana British ingin membuat demikian pada awalnya .
Apabila British datang dan menjajah ataupun menaung kita , masyarakat sendiri telah pun pecah mengikut kaum . Orang Cina bersifat materialistik dan menggilakan wang , harta , kekayaan , kenamaan … apa-apa sahaja yang Tuan – tuan dan Puan – puan dapat fikir dan namakan . Orang Cina telah lama bermastautin di pekan – pekan , bandar dan sebagainya dan terlibat dalam perniagaan , persatuan . Pergaduhan pun orang Cina rajin melibatkan diri dahulu .
Orang Melayu bumiputera pula dilihat British sebagai orang yang ‘contented’ . Sifat orang Melayu pada pra – British dan semasa pemerintahannya telah dikatakan sebagai masyarakat yang cukup puas sekiranya dapat hasil laut dan mengisi perut . Inilah yang dikatakan sebagai menikmati kehidupan .
Memang benar kehidupan patut dinikmati kerana nyawa yang diberi oleh Tuhan merupakan keajaiban yang menakjubkan dan harus dinikmati . Orang India pula dilihat sebagai pengusaha ladang getah . Mereka pula hidup di ladang – ladang , estet – estet .
Apabila British datang , British nampak kaum – kaum di Malaya dah pun berpecah sendiri . Ada kaum yang hidup di bandar , ada pula di tepi pantai , dan yang lain di estet – estet . British pun tidak ingin perpaduan kerana bimbang mereka akan ditentang .
Maka , British meneruskan polisi pemerintahan seperti sedia kala dengan cara yang Kerajaan Malaysia hari ini klasifikasikan sebagai Pecah Dan Perintah . Sejak itu , memang benar ada berlaku pemodenan , perpaduan dan kemerdekaan .
Kita dapat lihat kemajuan di kalangan beberapa kaum , pergaulan , perkahwinan campur dan sebagainya . Nak kata Ah Chong salah pun bukan , nak kata orang Cina salah pun tidak . Nak tuduh Kerajaan Malaysia bersifat berat sebelah pun tidak berasas . Bermula daripada ibu bapanya , mereka orang pra kemerdekaan .
Sudah tentulah mentaliti mereka juga bersifat perkauman . Kita tidak boleh salahkan mereka . Memang benar ada orang dewasa yang tidak bersifat perkauman , namun sudah pasti ada golongan besar yang masih berpendapat bahawa orang Cina lebih agung dan hebat , orang Cina sekarang ini dipijak oleh kaum Melayu semuanya kerana Tongkat Melayu ala Mahathir .
Kemudian apabila baby Chong dilahirkan , ibu bapanya mengasuhnya , mendidiknya dan mengajarnya pelbagai isu dalam kehidupan . Issues of life ini boleh dikatakan sebagai brainwash (teknik informal education) . Kemudiannya , pendidikan Ah Chong sudah pastilah terletak dalam tenaga pengajar Sekolah – sekolah Cina , persatuan – persatuan Cina .
Apabila Ah Chong dewasa kelak , Ah Chong pula akan berkahwin dengan Ah Moi . Dan Ah Moi pula akan memberikan anak mata yang bernama Ah Kau kepada Ah Chong . Proses ini berlangsung seperti kitaran yang tiada garisan penamat .
Ah Kau pula akan dididik dan mindanya dibasuh bersih dengan Klorox Cina sebagaimana ibu bapa Ah Chong memberitahunya . Sentimen perkauman ini berlaku macam dinasti di Cina , Italy , Brunei , Siam . Tidak ada garisan penamat .
Sifat perkauman bagaikan DNA yang berterusan selama – lamanya dari satu generasi ke generasi seterusnya . Memang benarlah kata Tun Dr Mahathir . Bangsa Malaysia tidak akan tercapai selagi kaum Melayu tak maju dan berada di pentas dunia .
Misi dan visi Tunku Abdul Rahman dan ahli UMNO adalah untuk melihat kemajuan kaum majoriti . Kesombongan Lee Kuan Yew dan sifatnya yang anti Melayu , pro Cina itu juga faktor Singapura disingkir daripada gabungan Malaysia .
Tunku sedar majoriti orang Melayu berada di belakang dan tidak semaju orang Cina yang telah lama melabur peluh , darah dan harta dalam bidang perniagaan dan ekonomi . Bagi saya , memang patutlah bantuan diberikan kepada orang – orang Melayu kerana edisi May 13 pula akan disiarkan sekali lagi di RTM , TV3 dan Astro .
Tetapi mungkin kali ini lebih heboh kerana adanya CNN . Walaupun bantuan dan tongkat Melayu diberikan , sayang sekali ada sebilangan orang Melayu yang tidak bersyukur kepada Dr Mahathir (perintis Tongkat Melayu) . Malah , ada di kalangan mereka yang menentang Dr Mahathir , bersikap ‘take for granted’ , masih mengharapkan bantuan tanpa membuat apa – apa .
Dr Mahathir sedar dan selalu memarahi kaumnya supaya bangun dan sedar di setiap perjumpaan agung UMNO . Saya gembira kerana ada ramai orang Melayu yang menggunakan peluang bantuan kerajaan dengan baik dan telah maju dan membangun . Namun ramai masih lagi yang berpendapat bahawa kerajaan akan terus memberi mereka gula , tepung dan susu untuk selama – lamanya .
Itulah yang membawa kepada kata – kata dan kesedihan Tun Dr Mahathir iaitu beliau telah gagal selama 22 tahun dan beliau masih sedih akan sikap sesetengah orang Melayu dan gembira untuk mereka yang telah berjaya . Apalah daya kita untuk mengatasi isu perkauman .
Apa yang kita boleh lakukan cuma berdoa untuk kejayaan diri dan semua , mengharapkan kaum Melayu , Cina dan India membangun bersama – sama demi bangsa dan negara . Mentaliti kaum bukan Melayu juga perlulah berubah dan memahami motif kerajaan . Bergaul bersama – sama tidak akan membawa kerugian .
Malah sikap dan emosi yang muhibah akan menyatukan rakyat Malaysia . Maka para pembaca komen saya ini , percayalah dan berusahalah .
- end -
2 comments:
Pandangan saudara berkenaan dengan isu perkauman ada sedikit keterbukaan. Tahniah.
Mungkin kita perlu mendidik generasi akan datang dalam memahami erti kesaksamaan dalam hubungan berbagai kaum yang mana kita tidak dapat lepas daripada terikat dengan peruntukkan undang-undang negara.
Selama 50 Tahun Malaysia merdeka, isu perkauman tidak begitu menonjol, malah diawal penubuhan perikatan juga timbul isu perkauman tapi diatasi dengan budi bicara yang ikhlas antara pemimpin terdahulu.
Tidak dinafikan bahawa sesetengah generasi pra-merdeka masih ada menyimpan rasa kurang senang antara sesama kaum, namun ia ditanggani dengan baik dizaman mereka.
Mungkin dengan adanya keterbukaan kerajaan hari ini menyebabkan isu ini menjadi kurang terkawal dan sering terlepas kepihak media hingga menyebabkan sesetengah kaum mula merasa kurang selesa.
Persoalannya kenapa perlu ada pihak mempersoalkan hak-hak yang telah dipersetujui sewaktu Malaysia mencapai kemerdekaan dahulu. mungkin ini yang dilihat oleh sesetengah pihak sebagai satu usaha untuk menidakan sesuatu yang hak.
Bagi saya kalau tiada mana-mana pihak yang mempersoalkan hak sesuatu kaum, maka isu ini mungkin tidak akan menjadi seteruk ini.
Pada saya tidak kira Melayu, Cina, Bumiputera, Dayak, India atau apa sahaja kaum yang tinggal di Malaysia, mereka adalah bertanggungjawab dalam memastikan negara ini tidak ketinggalan baik dari segi ekonomi, pendidikan dan sebagainya.
Kita rakyat Malaysia dan taat setia kita adalah kepada Malaysia. Tak perlu kita persoalkan hak-hak kaum lain di bumi bertuah ini.
Chinese memang racist. Pasal tu kena bunuh oleh Jepun, lepas tu dgn Melayu (1969) dan lepas tu dgn Indon (1998). Setiap Malaysian Chinese must become a non-racist then we can unite.
Post a Comment