Pak Lah - Najib - Mat Taib. Lepas Pak Lah, Najib jadi PM. Lepas tu, Mat Taib nak jadi DPM?
Ya benar tajuk artikel saya ini. Saya tak suka buat cerita dan tak suka lapor isu yang berunsurkan fitnah dan bohong.
Sebenarnya, bekas Menteri Besar Selangor ini akan bertanding dalam pilihan raya UMNO pada bulan Mac 2009.
Janganlah terkejut jika saya kata MB Selangor ini akan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Sekiranya menang, Mat Taib akan menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Tan Sri Muhammad Taib pernah ditahan di Brisbane, Australia kerana gagal melapor jumlah mata wang yang dibawa ke Australia pada bulan Disember 1996. Bagi jumlah yang melebihi 20,000, memanglah diwajibkan untuk melapor kepada pihak imigresen dan kastam.
Jumlah yang dibawa masuk? AUD 1.2 juta.
Pernahlah saya tulis artikel "4 Generals of Pak Lah". Mat Taib merupakan salah seorangnya. Maaflah Mat Taib. Saya rasa Tan Sri tak akan menang kali ini. Sebaliknya, Tan Sri akan diundi "kalah" dan diberi jawatan "pesara".
Nampaknya jawatan Timbalan Presiden UMNO terlalu sesak. Mungkinkah Datuk Seri Nazri Aziz akan menyertai perlumbaan ini?
Tunggulah pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sekiranya beliau bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden, maka ramailah yang akan "bersara" kerana keberanian Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kebolehan Y.A.B. Tan Sri sebagai Menteri dan VP UMNO akan menjadi faktor penting dalam pilihan raya UMNO kali ini.

Saya tak pasti sama ada Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadi PM ke 7 yang baik. Pemimpin yang menjadi sasaran tembakan Kem Pakatan Rakyat ialah Najib. Maka, pada pilihan raya ke 13 mungkin melihatkan parti Barisan Nasional kecundang.
Politik sebenarnya penuh persepsi. Percaturan politik terlalu kotor sehinggakan orang ramai tak akan percaya kepada isu sebenar dan bukti. Sebaliknya, kata Tun Dr Mahathir pada suata ketika dahulu, memanglah benar. "The world loves conspiracies".
Kemungkinan besar, Barisan Nasional akan kalah kerana konspirasi dan persepsi orang ramai. Sudah ada blog-blog yang mula memaparkan gambar keluarga Datuk Seri Najib. Emel sebegini pun saya pernah terima. Nak lihat? Di sini.
Maka bermulalah, perang psikologi dan persepsi.
Sebagai rakyat Malaysia, saya harap Tengku Razaleigh, Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu memimpin Malaysia.
No comments:
Post a Comment