Monday, June 29, 2009

Prof Diraja Ungku Aziz - PPSMI

Laksana PPSMI 'tidak beretika'
Prof Diraja Ungku Aziz menegaskan, tindakan kerajaan memperkenalkan PPSMI enam tahun lalu sebagai "tindakan gila" kerana Matematik menggunakan "bahasa simbol" – melalui angka, nombor dan penggunaan rumus tertentu.

"Apa bahasa matematik? Bahasa simbolik, angka, semua simbol. Matematik ini bahasa simbolik. Kalau guna bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, pilih bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, (itu tindakan) gila.

"Kalau hendak belajar bahasa Inggeris dengan bahasa matematik, bagaimana boleh belajar?" katanya di hadapan 150 pendidik sekitar Selangor.


A PIECE OF MY MIND

Inilah masalahnya Prof. Ingin ditegaskan sekali lagi bahawa PPSMI dilaksanakan bukan dengan objektif untuk belajar bahasa Inggeris.

Sebagai seorang ahli akademik, Prof tentu sedar bahawa hampir kesemua research papers diterbitkan dalam Bahasa Inggeris.

PPSMI diperkenalkan bagi memudahkan proses pembelajaran dan pemahaman subjek ataupun bidang Sains dan Matematik yang luas.

Memang benar Bahasa Matematik itu Bahasa Simbol. Tetapi itu bukan pada setiap masa.

Dalam Matematik Ekonomi, kami belajar
  • eigenvalues and eigenspaces,
  • subspaces,
  • Lagrange multipliers,
  • Implicit Function Theorem,
  • Positive and negative definites dan sebagainya.

Ada soalan kepada Prof :
  • Adakah ini semua bahasa Simbol, Prof ?
  • Bagaimana pula perkataan-perkataan ini difahami oleh pelajar-pelajar ?
  • Adakah kami mempunyai cukup tenaga dan ilmu penterjemahan ?
  • Adakah Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai cukup perkataan untuk menterjemah bahasa Sains dan Matematik kepada Bahasa Malaysia ?
Prof seorang ahli akademik yang saya sanjungi, selain K.S. Jomo. Namun, saya sedih membaca kenyataan Prof yang terkini itu. Sila baca juga

Janganlah duduk berselindung di belakang tirai "Pertahankan Bahasa Kebangsaan".

Ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah dengan harapan mereka akan muncul seorang yang berjaya kelak dan menjadi insan yang berpengetahuan luas, bukan hanya untuk mendapatkan sijil.

Kalau alasannya ramai akan gagal peperiksaan, ini tidak munasabah. Bukankah penting seorang anak muda mengubah strategi pengajian dan belajar dengan lebih tekun lagi ?

Inilah yang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu jawab juga. Sila baca : Anwar - Scrap use of English for Science and Maths

Sekiranya kami tegas nak pertahankan identiti Bahasa Cina, Melayu dan Tamil, bukankah kami patut memberi tumpuan kepada subjek Bahasa dan bukan Sains dan Matematik ?

Hairan saya. Kalau bahasa ibunda yang dipentingkan, mengapa tidak memberi cadangan kepada Kerajaan agar gred minimum subjek Bahasa untuk lulus SPM dinaikkan daripada P8 kepada C5 atau C6 ?

Janganlah mempolitikkan segala-galanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

10 comments:

bzz said...

Goh,

Pada saya, di Malaysia terlalu ramai susahterawan negara berbanding sasterawan negara yg mahukan rakyatnya lebih berjaya.

Susasterawan terlalu banyak berpolitik dari berfikir untuk masa depan rakyat. Saya nak tahu juga, berapa ramai ahli politik yang mahu PPSMI dimansuhkan tapi dirumah masih lagi bercakap english dengan anak2. Melatih english. Bandingkan dengan orang kampung yg mak bapak masih cakap jawa. Jangan kata english, BM pun entah2 hancur.

Anonymous said...

Ungku Aziz sebagai academician punya komen mempunyai niat yang serong.

Aniq Ruzaien said...

Saya kira pendapat dari penulis cukup bernas. Isu ini lebih kepada sekadar isu politik.

Biarlah ahli politik yang bermain isu ini, janganlah ahli bahasa juga terperangkap ke dalamnya.

PPMSI dilancarkan untuk memudahkan proses pembelajaran bagi subjek sains dan matematik.

Setiap benda ada sebabnya untuk dilaksanakan. Kalau ianya membunuh bahasa kebangsaan dan memudaratkan rakyat sendiri, masakan kerajaan sanggup mengambil risiko untuk mejahanamkan generasi muda negara.

Kata orang "kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak"

Kebaikkan kalau tak dicari, maka kita sendiri takkan jumpa. Dah jadi lumrah manusia, suka mencari keburukkan dahulu dan susah untuk mencari kebaikkan sesuatu perkara.

Unknown said...

With all respect...Prof Di Raja Ungku Aziz yang bercakap Inggeris lebih fasih dari berbahasa Melayu...pernah dengar atau lihat Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menjawab soalan wartawan dalam Bahasa Melayu?

Hmmm...maybe mereka hanya mahu anak-anak mereka saja bijak pandai kan...anak orang lain biar bodoh tak pandai berbahasa Inggeris...

Syameer Firdaus said...

PPSMI ini ni pelajar sekolah tidak bising pun malah ramai yg menyokong seperti saya.

Yang masalahnya ahli politik mempolitikkan PPSMI ini dan memperjudikan masa hadapan seluruh rakyat Malaysia demi kepentingan politik masing-masing.

Anonymous said...

People who don't get this English thing needs to have their heads examined. There are 2 main reasons to teach in English. 1) To improve English. 2) To improve quality of Maths and Science subjects.

If this degenerates into a Bahasa Kebangsaan and Hak Melayu argument than its so stupid *four letter word* dumb.

Its even more dumb when

"I tell you English is very important and you agree" and

"He tells you English is very important and you agree" and

"They tell you English is imporant and you agree" and

yet for some reason, people failing English because setting high standards for English is the concern. So apparently the fact English is important suddenly doesn't matter anymore.

Alizul said...

Good piece. I'm surprised that the learned Prof fail to see the rationale behind PPSMI. Perhaps he was just viewing it from one perspective.

I myself am a product of the English-medium system way back in the 1960s. Never in my schooling and adult lives have I ever thought it would "kill" my Malayness. I'm still a Malay through and through, and I'm proud of it. In fact, being bilingual (English & Malay) had served me very well in my university days and throughout my working live (partly in the government). It had served me excellently during my diplomatic postings abroad. It was during one of those postings that the government introduced the Malay-medium system, and the results were disastrous for the products of that system who were posted abroad. How handicapped they found themselves to be in, in a diplomatic world where English is the accepted spoken language. With the benefit of such hindsight, how I wish the government had continued the English-medium system, or least a bilingual system.

Tun Mahathir was a far-sighted man who he could see what would happen if we (especially the Malays) continue being handicapped by the present system. For those who continue to persist with their anti-PPSMI position, spare a thought for your own kind - the Malays - who would be deprived of the language of knowledge and of being global in outlook. True, there are many other issues to be considered, e.g. the standard of English teachers (not to mention their own knowledge of subjects taught), the availability of proper Malay equivalent of English words/terms, the availability of comprehensive Malay-English scientific and mathematical dictionaries/thesaurus, etc. But one thing for sure, politics should be - and remain - out of the equation.

TAAVEEKUN PERAK said...

PPSMI telah dinoda oleh pembangkang.Mereka nak tunjukkan kepentingan sempit mereka kpd rakyat kampung.kasihan orang2 kampung.Selalu kena tipu dgn pembangkang di Malaysia

Anonymous said...

Anda mengatakan dalam matematik bukan ada simbol sahaja dengan memberikan contoh eigenvalue(Eigenvalue bukan perkataan yang berasal dari Inggeris.Ia adalah Jerman) dan sebagainya.Adakah anda betul-betul menjadi seorang ahli sains/jurutera jika anda sekadar menghafal istilah eigenvalue.Anda sama seperti seorang rakan saya yg menyokong PPSMI,dia faham sequence tapi tidak mampu menyelesaikan masalah berkaitan sequence.Dan setelah habis pengajian,kawan saya itu hanya menjadi pekerja am tetapi saya yang belajar dalam bahasa melayu menjadi jurutera.Heran betul!

Anda mahu menghalang pelajar luar bandar dari menjadi ahli sains/juruterakah?Mereka ada hak untuk menguasai sains dan memberikan sumbangan kepada negara.Mereka akan tahu BI secara luar sedar setelah terdedah 11 tahun dengan pelajaran BI serta cerita/lagu/filem Hollywood.

Maaf,takda Google Account.Jurutera seperti saya takda masa untuk melepak depan komputer melayari internet.

Anonymous said...

Saya bolehlah dikatakan peminat drama bersiri cerita Jepun. Antara siri-siri yang saya lihat contohnya cerita bertajuk Dragon Zakura, dimana ceritanya berkisar usaha guru untuk menarik minat pelajar untuk minat belajar. Apa yang saya lihat melalui kisahnya, bahasa yang digunakan dalam pembelajaran mereka adalah bahasa Jepun sendiri.. Pendekkan cerita, Sebenarnya rakyat Jepun ini, dimanakah kedudukan mereka dimata dunia? Adakah bahasa Ingeeris membantu mereka? Bagaimana pula dengan Korea? Macamnilah.. Cuba kita lihat rakyat jiran kita yang berada di Kuala Lumpur ataupun biasanya dia daerah Lembah Kelang iaitu rakyat Indonesia. Melalui pengamatan saya ketika menaiki tren Komuter untuk pulang ke rumah (saya tak punyai kenderaan sendiri dan senang kemana-mana dengan perkhidmatan pengangkutan awam) dimana dua rakyat Indonesia berbangsa Cina fasih bertutur diantara mereka bahssa Indonesia. Ketika itu saya terfikir bagaimana pula dengan rakyat kita yang berbilang bangsa. Lihatlah sekeliling kita apakah bahasa pertuturan mereka? Bahasa Malaysia? Kalau bangsa Cina sama ada bahasa Inggeris atau Cina, Begitulah juga dengan bangsa India. Dimanakah Bahasa Malaysia kita digunakan. Hanya setakat di peringkat sekolah sahaja? Apakah bahsa Malaysia kelas kedua? Apakah identiti yang perlu kita ada sebagai rakyat Malaysia.

Tentang Prof DiRaja Ungku Aziz. Cuba amati biografinya, dan cuba cari satu Malaysia ni, ada tak pengganti beliau. Bagaimana pula dengan orang politik? Apakah latar belakang akedemik mereka ini. Asal bertukar saja menteri pendidikan, berubahlah senario pendidikan kita amnya di peringkat sekolah. Nak tunjuk apa tu..

Apakah identiti bahasa rakyat Malaysia?

Tepuk dada tanya selera..