Prof Diraja Ungku Aziz menegaskan, tindakan kerajaan memperkenalkan PPSMI enam tahun lalu sebagai "tindakan gila" kerana Matematik menggunakan "bahasa simbol" – melalui angka, nombor dan penggunaan rumus tertentu.
"Apa bahasa matematik? Bahasa simbolik, angka, semua simbol. Matematik ini bahasa simbolik. Kalau guna bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, pilih bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, (itu tindakan) gila.
"Kalau hendak belajar bahasa Inggeris dengan bahasa matematik, bagaimana boleh belajar?" katanya di hadapan 150 pendidik sekitar Selangor.
A PIECE OF MY MIND
Inilah masalahnya Prof. Ingin ditegaskan sekali lagi bahawa PPSMI dilaksanakan bukan dengan objektif untuk belajar bahasa Inggeris.
Sebagai seorang ahli akademik, Prof tentu sedar bahawa hampir kesemua research papers diterbitkan dalam Bahasa Inggeris.
PPSMI diperkenalkan bagi memudahkan proses pembelajaran dan pemahaman subjek ataupun bidang Sains dan Matematik yang luas.
Memang benar Bahasa Matematik itu Bahasa Simbol. Tetapi itu bukan pada setiap masa.
Dalam Matematik Ekonomi, kami belajar
- eigenvalues and eigenspaces,
- subspaces,
- Lagrange multipliers,
- Implicit Function Theorem,
- Positive and negative definites dan sebagainya.
Ada soalan kepada Prof :
- Adakah ini semua bahasa Simbol, Prof ?
- Bagaimana pula perkataan-perkataan ini difahami oleh pelajar-pelajar ?
- Adakah kami mempunyai cukup tenaga dan ilmu penterjemahan ?
- Adakah Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai cukup perkataan untuk menterjemah bahasa Sains dan Matematik kepada Bahasa Malaysia ?
Janganlah duduk berselindung di belakang tirai "Pertahankan Bahasa Kebangsaan".
Ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah dengan harapan mereka akan muncul seorang yang berjaya kelak dan menjadi insan yang berpengetahuan luas, bukan hanya untuk mendapatkan sijil.
Kalau alasannya ramai akan gagal peperiksaan, ini tidak munasabah. Bukankah penting seorang anak muda mengubah strategi pengajian dan belajar dengan lebih tekun lagi ?
Inilah yang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu jawab juga. Sila baca : Anwar - Scrap use of English for Science and Maths
Sekiranya kami tegas nak pertahankan identiti Bahasa Cina, Melayu dan Tamil, bukankah kami patut memberi tumpuan kepada subjek Bahasa dan bukan Sains dan Matematik ?
Hairan saya. Kalau bahasa ibunda yang dipentingkan, mengapa tidak memberi cadangan kepada Kerajaan agar gred minimum subjek Bahasa untuk lulus SPM dinaikkan daripada P8 kepada C5 atau C6 ?
Janganlah mempolitikkan segala-galanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.