Friday, July 10, 2009

Keranamu Mahathir

Selamat Hari Jadi, Tun Dr Mahathir.

Malaysia hari ini berada di pentas dunia dan mencapai kejayaan yang pelbagai dalam bidang sukan, pendidikan, kewangan, industri dan sebagainya hasil daripada dedikasi Tun Dr Mahathir.

Pendek kata, Malaysia hari ini keranamu Tun.

Dah beberapa kali saya menulis artikel tentang manfaat Mahathirisme dan kecemerlangan pentadbiran Malaysia di bawah Tun Dr Mahathir.

Tak perlulah saya ulang lagi.

1. Dr Mahathir in the eyes of a Ghanaian
2. Mahathirism - Education and Foreign Relations
3. Mahathirism - Pet Projects
4. Mahathirism in my eyes & the "Pariah" writer

Kalau dulu kami dengar ramai yang kutuk projek-projek mega di negara - PLUS, Monorail, LRT (Star & Putra), Komuter, KLCC, Menara KL, Cyberjaya, Putrajaya, KLIA dan sebagainya, kini ramai yang bersyukur Malaysia ada infrastruktur sebegini.

Kalau dulu ada yang menentang initiatif kerajaan untuk menganjur SUKOM 98 dan F1 di Sepang International Circuit, kini kami berasa bangga kerana Malaysia terkemuka dan menonjol di peta dunia.

Ini hanyalah beberapa sumbangan dan "brainchild" Tun Dr Mahathir. Perlukah saya menulis tentang polisi-polisi ekonomi, pembangunan, pelaburan dan pendidikan Tun Dr M termasuk PPSMI ?

Hari ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tun atas sumbangan, jasa dan dedikasi Tun.

Alangkah baiknya Tun masih memimpin Malaysia !

100 hari Datuk Seri Najib Tun Razak telah tiba. Perubahan telah dilakukan, ada yang baik ada yang tidak. Sekiranya kerajaan tidak ingin berubah, maka Barisan Nasional perlu bersedia untuk diubah dan dikritik.

Tun tidak keseorangan dalam perjuangan membangunkan negara dengan menggunakan polisi, wawasan dan usaha yang baik, bernas dan memanfaatkan rakyat jelata.

APOMM akan terus berjuang bersama Tun Dr Mahathir. Semoga usia Tun dipanjangkan demi negara kami yang tercinta.

6 comments:

jebat09 said...

Salam...Semoga ALLAH SWT memberkati dan merahmati TUN M, seluruh anak2 Malaysia amat bangga kerana telah mendapat dan merasai kepimpinan seoarang negarawan yg begitu menakjubkan..tiada kata secantik bahasa..tiada gambar secantik lukisan..nak di gambarkan pada TUN M yg amat kami kasihi..segala pengorbanan TUN pada kami dan negara akan di kenang hingga keakhir hayat..TERIMA KASIH TUN..

CommonerNinetyNine said...

he has shown us something that not only we have never seen and heard before, but never even dream before. his courage, dedication, attitude, determination, humility, sincerity, integrity, patriotism, resoucefulness, open-mindedness, far-sightedness and many more just never stops amaze me. countless attempts has been made, even till today, to rub him off the history, but he, at the age of 84, still standing strong marvelously. "berani kerana betul", i totally agree. to me, tun dr m is a legend. if we say we were able to see further, that was because we once were standing on the shoulder of a giant.

merdeka kita! said...

Mahathir merupakan neo colonialist. dan generasi Mahathir tidak boleh lari dari kesan psikologi.

Sama seperti negro yang menjadi hamba di US mereka mahu diterima oleh bangsa penjajah dengan menggunakan bahasa penjajah.

Tidak ada sebab guna bahasa Inggeris untuk kira2. Ini semua otak orang anglophile.

Orang melayu cerdik dan pandai. kita boleh bina ilmu sendri macam orang indonesia.

Dunia mengharap kepada melayu untuk memajukan rumpun melayu.

Mahathir tidak sayang bahasa melayu. Mahathir mengkayakan cina Kuok 70 billion, ananda 40 billion, lim goh tong 20 billio dan lain. YTL, Vincent tokeh judi kawan baik dia dan keling Lingam peguam Mahahtir.
Melayu dia?

Haprak.. hanya untuk mengkayakan anak dia mohkazni melayu terkaya.

Dia hanya nak perkuda melayu supaya dia nampak pandai di mata mat salleh.

Melayu mengharap kepada mahathir selepas 13 Mei tapi dia hanya nak senangkan keluarga dia dan tunjuk pandai diri dia. Orang Melayu halau dia kerana lupa daratan selepas 22 tahun tak nak berhenti dan tidak ada agihan kekayaan yang adil di bumi Melayu.

Bagi UMNO itulah perlembagaannya untuk memertabatkan bahasa dan bangsa Melayu. Sesiapa yang tak setuju dengan perlembagaan UMNO boleh lah buat parti sendiri, parti Negara ke haha.

Sekarang nak jual idea dah terlambat. What has Mahathir done for the Malays? Dont forget the Malays drove Mahathir out of UMNO precisely for his PPMSI!

Jimmy Tham said...

some told me it could be done through cloning. Many would agree a cloned Tun M is many times better than his botak son =) At least Tun M still has plenty of hair on his head after many years LOL~

I find it odd. Those who ascended the premiership either lose a lot of weight or fall asleep during the job, but our beloved Najib gained some kilos instead.

CHAIRMAN KAGA said...

MUHAHAHAHA
BALACI PARPU YG BERBANGSA CINA
HE HE HE HE
TU PROJEK MAHADEY YG MENGGUNAKAN DUIT RAKYAT KAO TAK KOMEN IA...BIASALAH MASIH MENTAH

Anonymous said...

Dear GWL

Ade juga melayu yang lupa diri macam merdeka kita..ah

Kalau tak pandai mengucap terima kasih..diam2 sudah.

nak menghina TDM konon..awak sendiri apa dah buat pada anak bangsa.berapa yang dah dibantu sampai ke universiti.

Ke cuma tnguk je anak2 jadi mat rempit dan minah bihsia.tumpang umpat saje..tak buat apa2 yang positif utk membantu.saudara komen memang senang tapi nak bantu orang lain payah..kalau orang melayu kuat menyokong sesama sendiri,membantu sesama sendiri,nescaya orang melayu dah maju..

ramainye yang nak kutuk aje.kita selalu berasa kita lebih dlm serba serbi daripada saudara sebangsa dan seagama kita..sembahyang kita lebih diterima tuhan,,doa kita lebih makbul,,bacaan kita lebih betul..macam2