Saturday, November 01, 2008

Ekuiti Bumiputera

Polisi Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan oleh Tun Razak pada tahun 1971. DEB diwujudkan untuk mengurangkan jurang antara kaum dari segi keseimbangan ekonomi.

Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr M meneruskan DEB ini sehinggalah tahun 1991. Pada tahun 1991, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) menggantikan DEB.

Sesiapa yang berminat untuk membaca polisi kerajaan, sila rujuk :

1. DEB 1971 - 1991

Tak perlulah saya mengajar Sejarah kemerdekaan Malaysia, isu perpaduan dan jurang hak ekonomi antara kaum di kalangan majoriti dan minoriti.

Satu-satunya isu yang tidak dipertikaikan ialah ekuiti kaum Cina melebihi kaum Melayu. Namun yang disoal kini ialah methodology Kerajaan dalam perkiraan ekuiti.

Ingatkah Dr Lim Teck Ghee dari ASLI-CPPS?

Baca juga pendapat seorang penulis di Malaysiakini - Who owns Corporate Malaysia?.

Saya berharap Kerajaan Malaysia memaparkan kenyataan berita dalam akhbar nasional mengenai methodology yang digunakan.

Langkah ini sudah tentu akan memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum kerana strategi DPN adalah untuk mencapai matlamat asal DEB, iaitu 30% ekuiti.



Di sini, saya tidak mempersoalkan hak Bumiputera dari segi polisi kerajaan tetapi saya mempertimbangkan juga kebajikan Bumiputera.

Kerajaan Malaysia wajib menjawab kepada golongan Bumiputera. Adakah pemimpin-pemimpin UMNO gagal menjaga kebajikan dan meningkatkan hak ekonomi Bumiputera Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak?

Sekiranya kami mengambil kira keputusan pilihan raya ke-12 pada Mac 2008, memanglah jelas kaum bukan Bumiputera mengundi pembangkang - DAP, PKR malah PAS juga.

UMNO dan Barisan Nasional tidak patut lupa juga undi-undi Bumiputera yang memihak kepada pemimpin PAS dan PKR. UMNO hilang 27.5% kerusi di pilihan raya 2008 berbanding 2004. Jumlah undi juga telah berkurangan.

Memanglah MCA juga kalah teruk, kehilangan sebanyak 51.6% kerusi dari 31 kerusi ke 15 kini.

Setelah sekian lama MCA dan MIC menjadi tumpuan media dan rakyat, kini tibalah giliran UMNO menjelang pemilihan parti pada bulan Mac 2009 nanti.

UMNO perlulah memberi penjelasan kepada Bumiputera tentang kegagalan DEB dan DPN. Ramai di kalangan Bumiputera yang berpendapat bahawa DEB dan DPN memihak kepada ahli UMNO dan kroni sahaja.

Pemberian tender, kontrak, lesen teksi dan sebagainya tidak menggambarkan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum.

Janganlah menimbulkan isu ekuiti Bumiputera dan bukan Bumiputera. UMNO dan Barisan Nasional patut memberi fokus kepada isu ekuiti INTRA BUMIPUTERA. Pengagihan "pai ekonomi" tidak wujud antara kaum Bumiputera.

Itulah yang menyebabkan Barisan Nasional kehilangan sokongan golongan Bumiputera.

Saya berharap pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 (PAU 2009) nanti, tak adalah pemimpin yang cuba menimbulkan sentimen-sentimen perkauman. UMNO patutlah membicarakan isu-isu Bumiputera - termasuk kegagalan DEB dan DPN.

Adakah UMNO mementingkan setiap Bumiputera di Malaysia, ataupun ahli UMNO sahaja? Itulah yang orang Bumiputera ingin tahu.

PAS kini telah membangun. Dulu, pemimpin-pemimpin PAS hanya memperjuangkan isu agama. Pemimpin-pemimpin PAS kini memperjuangkan pembangunan Malaysia dan ekonomi kaum-kaum Malaysia.

Parti PKR juga kini mempunyai daya tarikan yang tinggi bagi golongan profesional - peguam, doktor, jurutera, pakar Ekonomi dan sebagainya.

Komponen BN perlu rajin membawa masuk keahlian golongan profesional juga yang nampaknya memihak kepada PAS, DAP dan kini PKR.

Sekiranya UMNO dan Barisan Nasional masih tidak sedar diri, maka BN akan kalah pada pilihan raya edisi ke 13 nanti.

1 comment:

Jimmy Tham said...

There's no need to hide if you did the methodology right? Publish it and shut the critics once and for all. Well.. If you don't yet you claimed your version is right and ISA-kan or OSA-kan the other version's writer for the intention of keeping the "peace", who do you think the public would trust.

Dumb politicians~

Enough time and resources have been wasted. Petrol, palm oil and timber don't last a lifetime.

Forget dasar my shit.. Improve on healthcare and education system 1st and not the outfit. If you have dumb future leaders leading another dumb generation, things won't be any better if I earn 10 mil a month in the future. ^^