Laporan - laporan audit telah lama menunjukkan masalah penyelewengan . Penyelewengan yang terbongkar dalam laporan Audit Nasional . Namun , kerana tiada laporan dibuat , maka ACA tidak mengambil tindakan ?
Haha . Kelakar betul . Dah ramai dah tertuduh dalam "high profile cases" yang dibebaskan oleh mahkamah kerana pihak pendakwa raya tidak mempunyai dakwaan dan bukti kukuh . Pihak pendakwa raya perlulah ingat frasa "beyond reasonable doubt" .
Laporan audit terbaru menunjukkan beberapa lagi isu yang hairan . Adalah peralatan yang dibeli dengan harga 10 kali lebih mahal berbanding dengan harga pasaran . Sesiapa yang meluluskan cek , meluluskan pembelian atau meluluskan kontrak itu perlulah disoal siasat dan didakwa .
Ada pula isu lama - helikopter yang dibeli tetapi tak dapat digunakan . Bukan main mahal lagi pembelian helikopter , kursus pengendalian helikopter , manual dan sebagainya . Siapa yang perlu jawab ?
Isu Kementerian Wanita ... tidak berapa pasti kerana isu peruntukan melibatkan NGO . Hmm . Pada waktu ini , saya berharap Datuk Seri Nazri mengemukakan usul di Parlimen . Biarlah pegawai - pegawai di ACA memegang kuasa yang setimpal dengan PDRM . Bagilah ACA portfolio yang cekap , efisien dan berkuasa membanteras rasuah di negara .
Siasatlah Laporan Audit , wahai ACA ! Tunjuklah belang mu !
No comments:
Post a Comment