KEPADA Datuk Seri Nizar Jamaluddin,
(Bekas) Menteri Besar Perak,
Perak Darul Ridzuan.PERKARA:- UNDURLAH, DATUK SERI NIZAR JAMALUDDIN
Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Cukuplah. Ini nasihat saya kepada Datuk Seri. Saya rasa Pakatan Rakyat dah melampaui batasan di Perak.
Sultan Perak sentiasa dipuji dan disanjung tinggi oleh Datuk Seri dan barisan pemimpin Datuk Seri sepanjang tahun. Tuanku dipuji oleh Kerajaan Datuk Seri sebagai seorang Sultan yang adil, berpendidikan tinggi dan berpengetahuan luas dalam bidang perundangan.
Datuk Seri sedar, bahawa setiap orang Perak memberi pujian dan penghormatan tertinggi kepada Sultan Azlan Shah pada setiap masa.
Saya juga menyanjung tinggi asas kebudayaan Datuk Seri sebagai seorang Melayu yang menghormati institusi Raja Melayu apabila Datuk Seri berkata "
I have no doubt that the decision will be fair to all... to the people and to the political parties. He said that he needed time to look into the matter.
I will abide and accept whatever the decision." (
4 Feb 2009 - BERNAMA)
Kesemua ini melesap pada
5 Februari 2009, Datuk Seri.
Setelah Tuanku tidak setuju dengan Datuk Seri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak dan menitahkan Datuk Seri meletak jawatan, Datuk Seri berkata "
Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda ’patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan".
Saya ini dengan rendah diri ingin bertanya kepada Datuk Seri. Patutkah Datuk Seri, sebagai orang Melayu, memohon derhaka terhadap kedaulatan DYMM Sultan Azlan Shah yang dipuji dan disanjung tinggi oleh Datuk Seri sendiri sebelum 5 Februari 2009?
Rakyat Perak kini sudah pun mula menentang Sultan Azlan Shah dan Raja Nazrin Shah. Perkara sebegini tidak pernah berlaku di Perak.
Janganlah bersekongkol dengan gabungan Ngeh-Nga yang mengawal Kerajaan Negeri Perak. Datuk Seri orang yang bijaksana dan sedar bahawa imej Datuk Seri makin lama makin tercalar dan bintang Datuk Seri makin malap.
Kini, pertarungan di Perak sudah jelas merupakan pertarungan antara titah Sultan Azlan Shah dan pemimpin-pemimpin DAP seperti V Sivakumar, Wong Kah Woh, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.
Datuk Seri hanya akan dilihat sebagai Menteri Besar yang mengikut telunjuk DAP dalam sejarah sekiranya ini berterusan.
Kalaulah demokrasi yang diperjuangkan dan ADUN Behrang, ADUN Changkat Jering dan ADUN Jelapang dipamerkan sebagai ADUN yang membelot undi rakyat,
mengapa Arumugam di Bukit Selambau yang bertanding sebagai CALON BEBAS diterima dengan tangan terbuka oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat?
Rakyat di Bukit Selambau tidak mengundi BN atau PR tetapi memilih calon bebas. Namun, Pakatan Rakyat menerima Arumugam yang menyertai PKR selepas Pilihan Raya ke-12.
Ini bukan rekaan, Datuk Seri. Bacalah
DI SINI.
Datuk Seri. Adakah Datuk Seri ingat kes ADUN Changkat Jering dan ADUN Behrang ditahan atas siasatan kes rasuah?
Datuk Seri perlulah sedar. Apabila berlaku insiden sebegini, bersama-sama dengan bukti, Kerajaan atau parti perlulah bertindak dengan segera dan menggantung perkhidmatan ahlinya yang terlibat.
Saya percaya Datuk Seri seorang yang arif dan berpegang teguh kepada prinsip. Datuk Seri mungkin perlu meluangkan masa membaca
kes Khalid Ibrahim & Yahya Sahri serta kes UMNO & Isa Samad.
Kedua-dua ahli politik itu
(Yahya dan Isa) digantung sehingga siasatan dan perbicaraan selesai bagi menjamin integriti dan ketelusan dalam pentadbiran.
Namun, di Perak, kedua-dua wakil rakyat Behrang dan Changkat Jering terus menjadi ADUN di Dewan Undangan Negeri Perak dan EXCO Kerajaan Negeri Perak.
Adakah Datuk Seri yakin Kerajaan Negeri Perak akan terus mendapat perkenan DYMM Sultan Azlan Shah untuk ditadbir oleh Pakatan Rakyat?
Sekiranya Datuk Seri berjiwa rakyat, hentikanlah sengsara rakyat di Perak. Sekiranya Datuk Seri betul-betul pemimpin, mohonlah kepada DAP supaya berhenti kekecohan krisis undang-undang di Perak.
Biarlah rakyat yang menentukan nasib BN dan PR pada Pilihan Raya yang akan datang. Nasib orang Perak tidak patut ditentukan melalui demonstrasi jalanan, penderhakaan, dan sudah pasti tidak perlu diputuskan di bawah pokok.
Datuk Seri, cukuplah penderhakaan Datuk Seri.
Sultan telah pun membuat keputusan dan menitahkan Zambry & barisan EXCO BN mentadbir Perak.
Datuk Seri Nizar Jamaluddin, keputusan kini di tangan Datuk Seri. Janganlah sampai saya yang bukan Melayu ini turun padang mengajar Datuk Seri betapa pentingnya institusi Raja Melayu di Malaysia ini.
Salam sejahtera.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARAIkhlas,
Goh Wei Liang
A PIECE OF MY MIND
manifestogwl@gmail.com