Thursday, March 19, 2009

Tiang UMNO dari Johor, ingatlah!

Beberapa hari yang lepas, Lembaga Disiplin UMNO memutuskan bahawa Datuk Seri Ali Rustam telah melanggar etika kempen pemilihan parti dan dilarang bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Kini, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilempar tuduhan bahawa beliau mempengaruhi keputusan Lembaga Disiplin UMNO.

Ada juga yang mendakwa Tan Sri memberi AP kepada anak Pengerusi Lembaga Disiplin Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen dan isu ini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Cukuplah perbalahan dan konspirasi kesemua ini.

Kalau ada bukti bahawa Tan Sri Muhyiddin mengarahkan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen menjatuhkan mana-mana calon UMNO, sila kemukakan.

Sekiranya tiada, jagalah kestabilan politik dalam UMNO dalam fasa peralihan pucuk kepimpinan dan fasa "Berani Berubah".

Yang saya hairan, mengapa tuduhan sebegini dilemparkan ke arah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menerima pencalonan tertinggi daripada Bahagian-bahagian UMNO?

Mengapa yang diam kini ialah Tan Sri Muhammad Taib dan beliau tidak dilempar dengan tuduhan sebegitu sedangkan Tan Sri Muhammad Taib mempunyai pencalonan paling rendah antara ketiga-tiga calon bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO?

Apakah ada gerakan saat akhir oleh sesetengah pihak untuk menjatuhkan calon Timbalan Presiden UMNO yang menerima pencalonan tertinggi dengan fitnah yang pelbagai?

Tongkat dan tiang ulung UMNO adalah dari Johor.

Kini, seorang anak jati dari Muar yang berkebolehan dan menerima sokongan padu daripada ahli-ahli UMNO berdiri di pentas menawarkan diri untuk memimpin Malaysia.

Fikirlah semasak-masaknya, wahai ahli-ahli UMNO! Bacalah

1. The Path Is Clear For Muhyiddin Yassin
2. Fitnah paling buruk

Sementara itu, Anwar Ibrahim juga perlu belajar dari UMNO. Apa-apa sahaja yang berlaku di UMNO, semuanya diterima dengan terbuka.

Namun, sekiranya perkara yang sama berlaku di Pakatan Rakyat, sudah tentu yang dilaung itu "INI KONSPIRASI BARISAN NASIONAL".

4 comments:

Anonymous said...

Go Muhyiddin Go! The vast majority of Malaysians are behind you.

justmy2SEN said...

You're right about PR being "INI KONSPIRASI BARISAN NASIONAL" and also blaming BN to give excuses of their incompetencies

BTW, is it you who wrote letter to Malaysiakini on how blogs are used to spread stories without any proofs?..i'm totally with you and i think this is getting very serious that people would prefer to believe in proof-less stories than looking at things objectively..

BTW i voted for PKR but getting sick of their ALL TALK, NO ACTION

Wei Liang Goh said...

Yes it was me who wrote in to Malaysiakini about spreading stories without any proof.

A similar letter was also published in TheStar under my name at

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/3/4/focus/3400257&sec=focus

Thank you for reading my Blog.

Anonymous said...

Kini seorang anak Johor berjaya untuk capai tahap kepimpinan tertinggi sebagai DPM dan Johor sepatutnya memberinya sokongan yang solid.
Ini saya dengar ada 2 atau 3 pemimpin UMNO atau bahagian Johor kerana nakkan kuasa atau gahkan diri atas kepentingan peribadi cuba beri pada orang lain.