Masalah polarisasi kaum bagaikan tiada garisan penamat, seperti dinasti dan DNA. Bacalah di SINI. Memanglah benar kanak-kanak yang dilahirkan itu tidak tahu apa-apa pun. Lihatlah. Ada pelajar yang pergi ke sekolah jenis kebangsaan Cina. Ada pelajar yang pergi ke sekolah jenis kebangsaan Tamil.
Dan sudah tentu ramai yang pergi ke sekolah agama rakyat, sekolah berasrama penuh dan sebagainya di mana pelajar-pelajarnya orang Melayu dan beragama Islam. Dengan adanya sistem sebegini, bersatukah Malaysia?
Sistem pendidikan pun ada dua jenis seperti yang diketahui. Sistem pendidikan yang formal dan sistem pendidikan tidak formal. Sudah tentu baiklah adanya sekolah-sekolah menengah kebangsaan di mana pelajar Melayu, Cina dan India duduk semeja dan bergaul mesra.
Namun benarkah di sekolah-sekolah menengah kebangsaan ini akan lahirlah semangat perpaduan dan muhibbah? Tidak. Semuanya tidak terjamin.
Tanyalah ibu bapa Cina. Dari kecil mereka berbicara di depan anak-anak betapa terpinggirnya mereka berasa. Kadang-kadang sekiranya kedai yang jual "burger" di kawasan perumahan mereka tidak buka gerai, mereka akan kata "Oh, si Melayu ini malas. MARA beri bantuan tetapi tak tahu menghargainya". Tanyalah orang Melayu. Sudah pasti ada sebilangan daripada mereka yang bersifat perkauman dan mengaitkan orang Cina dengan khinzir.
Takkanlah budak-budak ini pergi sekolah dan guru-guru mengajar mereka perkara sebegini!
Tidak. Sedikit sebanyak, isu ini berpunca daripada sistem pendidikan tak formal. Saya di sini tidak menuduh semua ibu bapa tetapi saya hanya mengulas secara umum. Janganlah pula balik ke rumah dan marah ibu bapa. Mereka berjasa kepada kita. Kita semua perlulah faham.
Generasi pra Merdeka mempunyai cara permikiran tersendiri dan sudah tentu mempunyai "spillover effects" daripada era pecah dan perintah British.
Universiti Perpaduan Malaysia ini akan menjadi "stepping stone" ataupun titik permulaan kepada perpaduan Malaysia yang akan menjulang Malaysia ke era yang cemerlang, gemilang dan terbilang. (Entah apa yang terjadi kepada laungan slogan Pak Lah yang bermakna ini.)
Universiti Perpaduan Malaysia ini akan menjadi Tugu Perpaduan Malaysia sebagai lambang usaha anak-anak generasi muda Malaysia untuk bersatu padu dan menghapuskan sepenuhnya sisa-sisa polisi pecah dan perintah yang jelas dilihat dalam minda generasi pra merdeka, dalam sistem pendidikan dan dalam pentadbiran.
Universiti Perpaduan Malaysia ini akan merancang untuk masa depan Malaysia. Setiap pelajar yang masuk ke universiti ini akan dididik oleh pakar-pakar bidang yang ditawarkan dan generasi pendidik ini akan menerima modul yang dinamakan MODUL PERPADUAN DAN KECEMERLANGAN AKADEMIK.
Berkemungkinan besar ada sesetengah orang yang merasakan bilangan Universiti dah cukup di Malaysia dan projek Universiti Perpaduan Malaysia tidak patut digunakan kerana kita masih boleh menggunakan model Universiti-universiti yang sedia ada.
Tepuk dada, tanya selera. Benarkah model Universiti-universiti kini masih dapat diperjuangkan dan diteruskan?
Sistem yang sedia ada hanya akan diwariskan dari satu generasi generasi yang seterusnya dari segi generasi pelajar, generasi administrasi, generasi pemimpin pelajar, generasi pendidik dan sebagainya. Minda, akhlak, pertuturan dan percaturan hanya akan berterusan bagaikan dinasti polarisasi kaum yang saya jelaskan seketika dahulu.
Ketepikan isu perpaduan. Lihatlah isu pendidikan. Makin lama makin merosot UM, USM dan UKM. Pengaruh politik, agenda politik, isu politik. Kiri kanan depan belakang, semuanya politik.
Majukah universiti-universiti Malaysia? Tak perlulah saya jelaskan apa-apa isu bukan politik yang lain yang membelenggu Universiti-universiti Malaysia. Panjang senarainya dan rakyat sudah tentu tahu dalam hati apakah yang dimaksudkan oleh saya.
Model Universiti Perpaduan Malaysia ini akan menjadi "monumental institution". Universiti ini dicadangkan oleh saya kerana adanya pendidikan, maka sifat perkauman tidak akan wujud.
Pendidikan bukan sahaja mewujudkan persaingan, kecemerlangan, kebijaksanaan dan kerjaya. Pendidikan akan membawa semangat muhibbah, perpaduan, toleransi dan rakyat Malaysia akan bersatu padu selama-lamanya.
Saya rasa tak perlulah saya katakan lagi isu orang bukan Melayu yang tidak akan mempertahankan negara sekiranya negara menghadapi masalah. Barisan pertahanan negara terdiri daripada orang Melayu. Tak perlulah saya ungkitkan lagi isu krisis ekonomi matawang.
Ramai orang bukan Melayu yang mengalirkan wang ringgit ke luar negara. Tak perlulah saya katakan kepada orang bukan Melayu. Ramai keluarga orang bukan Melayu yang menggalakkan anak-anaknya berhijrah ke luar negara.
Sudah pastilah ada banyak polisi, tindak-tanduk dan kata-kata oleh pemimpin Melayu yang bersifat perkauman. Tak perlulah saya tunjukkan kepada pemimpin-pemimpin orang Melayu.
Hujah ini tak berhenti dan akan berterusan. Melayu, Cina dan India. Setiap hari kami mengungkitkan perkataan Melayu, Cina dan India. Adakah berbeza orang yang duduk di tepi kita sekarang? Bukankah insan yang mulia?
Hatiku terguris apabila seorang rakan saya memperkenalkan dirinya sebagai "brown people" semasa menghadiri kelas pada semester yang lepas. Di depan 20 orang, rakan saya ini memperkenalkan dirinya dan menambah bahawa di Malaysia ini ada orang kuning dan orang coklat. "Brown people".
Betapa sedihnya hati saya. Saya tak pasti sekiranya kata-kata rakan saya ini ada maksud tersirat tetapi saya percaya rakan saya itu juga sedih melihat krisis perkauman di Malaysia.
Wahai anak-anak Malaysia ! Hapuskanlah minda pra Merdeka ! Minda kita masih dijajah oleh sistem pecah dan perintah ! Bersatulah dan berusahalah. Anak-anak generasi muda Malaysia bakal memimpin negara dan saya percaya suatu hari nanti, Malaysia akan menjadi negara yang semua rakyatnya akan melaung - "TANAH TUMPAHNYA DARAHKU".
Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambanthan, UMNO dan Parti Perikatan telah berusaha dan berjaya mendapatkan kemerdekaan dan perpaduan kepada Malaysia. Tibalah masanya untuk generasi muda untuk meneruskan perjuangan.
Biarlah Universiti ini menghasilkan anak jati Malaysia yang akan berjuang untuk Malaysia, yang akan menentang sentimen perkauman, yang akan berbakti kepada Malaysia dan yang akan mengharumkan nama Malaysia di arena antarabangsa.
Izinkanlah Universiti ini menjadi PERINGATAN kepada semua betapa pentingnya perpaduan dan pendidikan dan Universiti ini akan menjadi lambang dan tugu bahawa Malaysia sudah bersatu dan maju.
Kibarlah Jalur Gemilang yang gagah dan merdeka di Universiti ini. Tanpa pendidikan, maka ranaplah negara. Tanpa pendidikan, maka tidak tercapailah perpaduan. Saya berharap suatu hari nanti, wujudlah Universiti Perpaduan Malaysia.

1 comment:
funny to see this coming out from a Malaysian who's currently studying in Australia... why didnt you opt to further your studies at a local malaysian university? what was the reason? Not all of our current universities are in such bad state. if u study overseas, it is also considered an outflow of our currency to other countries. lol
Post a Comment