Friday, August 15, 2008

Politik Malaysia

Permatang Pauh, Najib dan BN

Datuk Seri Najib Tun Razak, bakal pemimpin parti terbesar di Malaysia - UNITED MALAYS NATIONAL ORGANIZATION (UMNO), telah memilih Datuk Arif Shah Omar Shah sebagai calon parti Barisan Nasional untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Pertama sekali, saya berharap BN sedar yang kerusi Permatang Pauh ini merupakan kubu kepada keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kerusi ini bukanlah kubu Parti Keadilan Rakyat tetapi kubu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya juga berharap BN sedar bahawa DSAI, PKR dan Pakatan Rakyat makin lama makin popular atas sebab isu-isu yang berlegar di sekeliling parti-parti komponen BN dan pemimpin-pemimpin BN.

Namun setelah mengumumkan calon BN itu, lihatlah betapa banyaknya blog dan laman web yang mengungkitkan cerita Tan Sri Amin Shah. Ingatkah anugerah gelaran "Datuk" Amin Shah ditarik balik oleh Istana Selangor? Ingatkah isu perkapalan Tan Sri Amin Shah? Ingatkah isu bankrupt Tan Sri Amin Shah? Banyak lagi berita yang sedang dikaitkan.

Maka atas isu-isu ini, apakah justifikasi BN mengumumkan Datuk Arif Shah sebagai calon? Hanya kerana YB pandai berbahasa Cina? Cukupkah itu? Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya perlu berkata "Ni Men Hau" kepada golongan Cina. Maka satu kampung Cina akan memberi tepukan. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga ada Tian Chua dan Dr Lee Boon Chye untuk membantu beliau menarik hati pengundi Cina.

Berkemungkinan besar Datuk Arif ini merupakan calon "terbaik" BN. Tetapi, Parti Keadilan Rakyat tidak akan duduk diam. Bersedialah, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini bukan sahajalah perang BN-PKR, tetapi perang Najib dan Anwar.



PAS, DAP dan Pakatan Rakyat

Ya. Saya berani berkata bahawa manifesto Pakatan Rakyat belum lagi mantap untuk meyakinkan rakyat Malaysia. Mentadbir kerajaan tidaklah semudah menurunkan harga minyak sebanyak 50-70 sen, tidaklah semudah menjerit "REFORMASI !", tidaklah semudah menjerit "Kerajaan Barisan Nasional korup".

Saya juga bersetuju dengan kata-kata Nasharuddin. Mengapa PAS boleh bersalam mesra dengan DAP dan "tidur sekatil" dalam Pakatan Rakyat tetapi PAS tak boleh berbincang dengan UMNO di mana ahli-ahlinya umat Islam. Saya ni tak lah pakar sangat isu Islam tapi tak bodoh juga. Tanyalah sesiapa, semuanya tahu agenda DAP bertentangan dengan agenda PAS.

Datuk Seri Nik Aziz merupakan tokoh politik yang saya hormati. Namun, masa telah berubah. Datuk Seri lihatlah wakil-wakil Pemuda PAS dan ucapan-ucapan mereka. Kebanyakan daripada mereka meluaskan ketidakpuasan hati terhadap arah PAS baru-baru ini. Saya rasa dah tiba masanya Datuk Seri Haji Hadi Awang dan Datuk Seri Nik Aziz menyerahkan pucuk kepimpinan kepada generasi professional PAS yang baru.

Parti PAS tidaklah salah sekiranya berjuang atas dasar dan agenda Islam. Namun rakyat lebih cenderung ke arah pembangunan negara, kemajuan rakyat dan perpaduan yang berkekalan. Tanyalah mana-mana umat Islam dan bukan Islam. Sudah tentu inilah yang diinginkan. Izinkanlah generasi baru PAS untuk memimpin.

Walau bagaimanapun, saya tidak berapa setuju dengan undang-undang hudud diperkenalkan di Malaysia. Kadang-kadang kita perlulah lihat. Apa yang lebih penting? Keputusan atau cara mendapatkan keputusan? Yang pentingnya keputusan.

Sekiranya undang-undang berperlembagaan diRaja Malaysia kini mampu membawa keputusan yang sama seperti undang-undang hudud, apakah salahnya kami meneruskan institusi perundangan yang sedia ada? Saya percaya umat Islam dan pemimpin beragama Islam tentu tidak akan membantah hujah saya ini.

1 comment:

infogue said...

artikel anda :

http://berita-politik-dunia.infogue.com/
http://berita-politik-dunia.infogue.com/politik_malaysia

promosikan artikel anda di www.infogue.com dan jadikan artikel anda yang terbaik dan terpopuler menurut pembaca.salam blogger!!!