Datuk Seri Azalina Othman Said diberi tugasan untuk menjawab segala tuduhan , segala putar belit , segala - galanya yang ditulis di dunia siber . Kalau nak guna perkataan "menjawab" ... tak berapa tepat rasanya . Ku rasa lebih baik ku guna perkataan ... "menangkis dan melawan" .
Suatu ketika dulu , adalah beberapa Menteri yang kata bahawa blog dan laman web kebanyakannya tidak ada kredibilitinya . Namun , kini nampaklah betapa pentingnya kata - kata blog sehingga Ahli Kabinet Kerajaan Malaysia yang berperlembagaan perlu "turun padang" .
Makin lama makin seronok ku hidup dalam dunia siber . Sekarang ada pulak Menteri , yang dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia dengan restu rakyat dan DYMM Yang diPertuan Agong , menyertai "karnival blog" .
Bagus - bagus . Tapi saya harap janganlah isu yang tak wujud , diwujudkan . Fakta yang benar , diputarbelitkan . Namun sekiranya Datuk Seri "terputarbelit" fakta , tidak apa . Asalkan ingat betapa pentingnya untuk memaparkan notis dan artikel memohon maaf kerana "tersalah fakta" ataupun tersalah tangkis .
Haha ... selamat "berperang" .
Note : I wonder if one day we will have a Menteri Siber dan Blog with a pay of RM 15,000 .
No comments:
Post a Comment