Tuesday, March 25, 2008

UMNO Terengganu biadap - Perarakan dan Protes perlantikan MB Datuk Ahmad Said dianggap hina Raja Melayu

Tajuk di atas sebenarnya idea Utusan Melayu. Namun, nampaknya Utusan Melayu, The Star, NST dan blogger-blogger lain tidak menghentam tindak-tanduk UMNO Terengganu. Maka izinkan saya untuk mendokong institusi Raja Melayu dan menghentam UMNO Terengganu hari ini.

Menurut Utusan Melayu pada 13 Mac di http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0314&pub=utusan_malaysia&sec=politik&pg=po_03.htm&arc=hive

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi menyelar perebutan kuasa yang berlaku antara DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Perak yang jelas menggambarkan sikap tidak menghormati institusi raja.

Ahmad Zahid berkata, keputusan penangguhan itu seharusnya dihormati demi menjaga kedaulatan dan keluhuran institusi raja.
''Jika tidak hormat, ia dikira satu penghinaan. Bukan sahaja kepada adat istiadat Kesultanan Perak malahan keseluruhan institusi raja-raja Melayu.
''Semua rakyat Perak harus berdiri teguh bersama-sama pentadbiran istana Perak dan sekali gus menolak keangkuhan DAP," ujarnya.



Artikel Utusan Melayu oleh Herman Hamid "DAP biadab -- Arahan pulau majlis pelantikan MB Perak dianggap hina raja Melayu"

DAP bertindak biadab apabila mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu memulaukan majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang sepatutnya berlangsung hari ini.


Wahai rakyat Malaysia dan orang orang Melayu. Siapakah yang kurang ajar? Nampaknya jelas mengapa orang Melayu dan bukan Melayu telah mula menyokong PKR, PAS dan DAP.

Saya mengaku DAP memang kurang ajar sedikit dalam isu perlantikan MB Perak. Beribu-ribu ahli UMNO dan media massa termasuk bloggers menghentam DAP. Namun, apabila ahli UMNO Terengganu, PM Malaysia, DPM Malaysia, Setiausaha Agung UMNO yang baru, MB Perlis yang baru, bekas MB Terengganu, dan lain-lain lagi kurang ajar dan tidak hormati institusi Raja Melayu di Terengganu, adakah UMNO dihentam oleh blogger, media dan parti politik lain? Adakah Majlis Tertinggi UMNO menghentam Presiden, Timbalan Presiden dan ahli-ahli UMNO Terengganu yang kurang ajar?

Di manakah suara Datuk Seri Hishammudin? Datuk Ahmad Zahid Hamidi? Bukan main hebat kutuk YB Lim Kit Siang, PAS dan PKR kerana kurang ajar dengan institusi Raja Melayu. Adakah mereka berdua bersuara kini?

Tidak! DAP akhirnya menghadiri upacara rasmi perlantikan MB. Bukan sahaja DAP, malah PAS dan PKR bersama dengan DAP tidur sebantal dan mengurus negeri Perak kini. Di Terengganu pula macam mana? 22 ahli ADUN UMNO mengadakan perarakan menentang Istana Terengganu pada hari perlantikan!

Kurang ajarnya UMNO Terengganu. Kata-kata saya ini bukan pendapat saya seorang sahaja. Sikap 'double standard' UMNO ini terang-terang dikutuk oleh Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, Ketua UMNO Cheras.

Bacalah di sini http://agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_dafaf96c-cabec5bb-1d85ab90-bfd53222

Saya memanglah dididik dari kecil lagi. Rukunegara Malaysia ingat lagi tak? Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Saya memanglah tak sedar Raja Nazrin yang perkenan kepada perlantikan YB Nizar sebagai MB Perak. Sekiranya saya tahu, saya tentu akan mengecam tindakan Presiden DAP YB Lim Kit Siang yang tidak menghormati persetujuan antara pemimpin parti BR di Perak yang mengadap Raja Nazrin.

Namun, ulasan politik saya memanglah hanya pendapat tentang kecerahan politik Barisan Rakyat sekiranya ahli PAS dilantik menjadi MB Perak. Buat masa ini, analysis dan pendapat saya kekal sama iaitu ahli PKR berbangsa Melayu dan beragama Islam patut dilantik menjadi MB Perak demi menjamin kecerahan politik Barisan Rakyat di Perak.

Di Terengganu, selesaikanlah baik baik seperti kata Tengku Razaleigh, Datuk Zaid Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hormatilah institusi Raja Melayu dan berbincanglah baik baik. Tak perlu double standards, tak perlulah buat kecoh banyak banyak.

Saya hairan .... ada berita mengatakan bahawa Datuk Seri Idris Jusoh tidak dilantik semula kerana hubungan yang tidak baik dengan pihak Istana. Mengapa perkara sedemikian berlaku? Apakah sengketa atau perselisihan yang wujud di antara Datuk Seri Idris dengan pihak Istana? Isu apakah yang tidak sependapat? Jawablah UMNO Terengganu. Jawablah Datuk Seri Idris.

1 comment:

Anonymous said...

HA HA HA...

WHEN YOU NEED A LAUGH, WHO DO YOU CALLED?.... UMNO

WHEN YOU NEED JOKERS, WHERE DO YOU LOOK FOR?.... UMNO

WHERE DO YOU FIND HYPOCRITES?...
ONLY IN UMNOOOOOOOOOOO!