Thursday, August 30, 2007

50 Tahun Merdeka ... Generasi 2 masih tidak berubah

Selamat menyambut kemerdekaan , negaraku Malaysia . Generasi Tunku Abdul Rahman merupakan generasi perintis yang mengamalkan semangat toleransi , bersatu dan harmoni demi bangsa dan agama ... dan yang paling penting sekali ... kedaulatan , kebebasan , kemerdekaan .

50 tahun telah berlalu . Pentadbiran negara kekal sebagai Sistem Demokrasi Raja Berperlembagaan . Tahniah negara Malaysia ! Malaysia merupakan sebuah negara yang masih berupaya mengamalkan sistem demokrasi dengan sistem raja-raja . Daulat Tuanku , Malaysia boleh !

Namun pada jam 12.39am 31 Ogos 2007 di Australia , rasa sedih saya melihat perangai MP-MP tertentu di Parlimen Malaysia . Makin lama makin marah bercampur sedih melihat transkrip - transkrip Parlimen . Izinkan saya memaparkan transkrip NST .


New Straits Times

A SEEMINGLY harmless question on student discipline sparked a debate on the issue of patriotism in the Dewan Rakyat yesterday. And in the exchanges, the DAP MPs were accused of being unpatriotic for remaining seated when Backbenchers Club chairman Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar led the house in shouts of "Merdeka" before the sitting began.

It all started when Deputy Education Minister Datuk Noh Omar, replying to a question by Datuk Abdul Rahman Ariffin (BN-Jerlun), said that parent-teacher associations had helped to improve discipline in schools.

"I was, however, sad to note that the DAP was involved in alerting the media about the slapping of a student at SM Raja Lumu in Pandamaran, Klang in July.

"I was surprised to see the lobby full of reporters and camera crew whom the DAP had informed," he added.That led Datuk Mohd Said Yusof (BN-Jasin) to remark: "That is typical of the DAP, they are unpatriotic, they did not rise when we shouted Merdeka just now."

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) replied hotly: "How dare you call us unpatriotic! We were not given prior notice about it (the expression of support for Merdeka)."Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) joined in shouting: "Traitor! The DAP is unpatriotic."

A riotous 15-minute shouting match ensued between the DAP and BN legislators to the amusement of a group of students who had come to observe the proceedings."Retract your statement that we are unpatriotic," shouted Lim.

Speaker Tan Sri Ramli Ngah Talib tried to appease the DAP members, saying that Bung Mokhtar had not meant what he said."He did not mean you were unpatriotic, it was said on the spur of the moment."

The DAP MPs, however, did not appear convinced and all stood up, waving copies of the Federal Constitution and the Dewan Rakyat Standing Order book.Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) urged Ramli to take action against Bung Mokhtar. "Tan Sri, take action against him. This is unparliamentary behaviour.""Kinabatangan’s brutish nature hasn’t been dealt with yet," said Chow Kon Yeow (DAP-Tanjong), drawing chuckles even from BN MPs."Go to hell!," replied Bung Mokhtar.

That led Ramli to interject: "Don’t say things like that, Yang Berhormat. Don’t utter words which are hurtful to others."I will not take any action against anyone except to warn and remind MPs not to utter such words again."Later at a press conference, Lim expressed regret at what he described as "unparliamentary behaviour".

He said this had demeaned parliament and degraded the country’s 50th anniversary celebrations.Lim said it was wrong to spring such surprises, referring to Raja Ahmad’s action in shouting Merdeka. "They should have followed proper procedure, which is moving a motion to express support for the nation’s independence."



Begitulah laporan NST . Tuan Speaker . Izinkan saya bertanya ... di manakah sikap adil , saksama dan rational ? Kalaulah suata hari nanti Lim Kit Siang menjerit ke arah Pak Lah ,"Hey Pak Lah ... you are demonizing Dr Mahathir !" . Apakah Tuan Speaker akan berkata ... "It is okay Pak Lah , he did not mean that you are making Tun look like a bad guy ... it was just a spur of the moment ." Saya percaya Datuk Seri Nazri ... MP Bung Mokhtar .... Datuk Jasin dan geng - geng tertentu tidak akan berdiam diri . Maka itu , Tuan Speaker ... adakah Tuan Speaker akan memberitahu ..."It is ok .... YB Lim did not mean it ."

Saya percaya tidak . Apabila parti pembangkang ingin membuka perdebatan isu panas seperti PKFZ dan sebagainya..... mengapa ditolak ? Adakah Tuan Speaker dan Parti Barisan Nasional faham bahawa makin ramai rakyat Malaysia minat dengar ucapan di Parlimen ? Isu yang berkaitan dengan wang rakyat , skandal dan penyelewengan seperti ini .... Tuan Speaker menolak peluang perdebatan ?

Saya tak faham Tuan Speaker . Keluarga saya sokong Barisan Nasional . Saya pun . Namun kami tak sokong perangai sesetengah ahli Dewan Rakyat parti Barisan Nasional . Rakyat undi ahli Parlimen ke Dewan Rakyat sebagai apa ? Untuk apa ?

Objektifnya untuk menjaga kebajikan dan pembangunan rakyat ... menggubal rang undang - undang ... dan memastikan pentadbiran negara bersih , cekap , amanah , cemerlang , gemilang , terbilang . Kalau beginilah sikap dan perangai ahli MP Barisan Nasional dan terutamanya Tuan Speaker Dewan Rakyat .... maka saya percaya musnahlah usaha Dato Onn Jaafar , Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak .

Mereka ini berjuang memastikan sistem demokrasi hidup . Memastikan Malaysia kekal sebagai negara berdaulat . Tun Dr Mahathir cuba mewujudkan masyarakat intelektual dengan MSC dan sebagainya . Pak Lah bukan main hebat lagi dengan slogan Cemerlang Gemilang Terbilang .

Slogan in diungkap berjuta - juta kali di setiap .... izinkan saya untuk ulangi .... SETIAP ucapan yang diberi oleh ahli politik , Menteri - menteri , Pegawai kerajaan , Pengarah hospital , Pengetua sekolah.... bahkan Ketua Pengawas sekolah .

Cemerlang-kah kamu semua yang duduk di kerusi selesa di Parlimen ? Gemilang ? Terbilang ?
Dah berapa kali saya baca berita tentang ahli MP di Parlimen ? Ada isu PAC kata ECM dan Alliance bergabung = tak ada masalah . Ada isu "Close One Eye" kat Melaka . Ada isu bocor . Ha ..... bocor .....

Allahyarham Tunku Abdul Rahman . Saya bersedih bersama Tunku . Inilah produk Generasi Kedua Malaysia . Gen 2 .

Tunku .. TAR , THO , Dr Mahathir ... Pak Lah ... berkatilah rakyat Malaysia ... pimpinlah rakyat Malaysia ..... bawalah semangat Parti Perikatan ke era yang cemerlang , gemilang dan terbilang . Buang sajalah MP - MP yang duduk selesa kat kerusi di Parlimen sambil menyeleweng , menutup mata sebelah , menjerit bukan - bukan , bocor ini bocor itu . Buang sajalah . Kalau nak saya pilih antara YB Tutup Mata Sebelah atau MP Bocor atau KJ ... saya rasa saya sanggup pilih KJ . Kalau boleh .....3 pun tak nak .... tapi terpaksalah pilih satu kat PRU .

Ada juga berita Polis Karate . Haih ... apa pasal pukul pegawai Karate Indonesia ? Sehingga pasukan Karate Indonesia boikot pertandingan yang disertai . Menteri Luar Jakarta mahu Malaysia mohon maaf . Namun demikian , Tuan Menteri Indonesia , saya setuju dengan anda . Agak sukar bagi Malaysia memohon maaf walaupun telah membuat kesilapan .

Pasukan polis Malaysia ni ... dah lama dah mempunyai pelbagai isu ... sehinggakan Royal Police Commission terpaksa mengkaji mereka ... sehinggakan anda tuduhan sebilangan anggota PDRM mempunyai hubungan dengan ahli kongsi gelap Malaysia , sehinggakan anda isu ketuk ketampi dalam keadaan bogel ... sekarang ini ada pula isu Karate Cop .

Haih ... ni dah boleh buat Malaya-wood ... pasti laris ...

Sedih aku .... 50 tahun Merdeka .... inilah isu di mana polis menjaga keamanan , keadilan dan keharmonian rakyat ... siapakah yang akan menjaga kestabilan , kecekapan dan ketulusan dalam PDRM ? Kerajaan diRaja Malaysia ?

Kami di sini berdoalah .... agar anasir - anasir jahat semuanya dikikis dari bumi Malaysia agar Wawasan 2020 direalisasikan (walaupun dah ramai lupakan Wawasan 2020 kita) . Kami juga berdoa agar yang tak baik itu semuanya dibuang sahajalah.... biar yang baik mengiringi Malaysia ke era seperti yang diimpikan oleh kelima-lima Perdana Menteri Malaysia . Era seperti yang kata Pak Lah .... cemerlang , gemilang , terbilang (dah lama tak baca slogan ini kat suratkhabar ... what happened to it?)

Baiklah.... setakat ini sajalah utusan saya .

No comments: