Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri , Si Doktor ini dipuji dan diangkat . Visi beliau dijadikan Kitab rakyat pelbagai lapisan .
Namun , kerana RM200 dan “Menu Perwakilan” , jasa itu terkubur dalam Buku Sejarah Kurrikulum Bersepadu Sekolah Menengah . Menteri – menteri kabinet perlu diberi kredit sepenuhnya kerana memaparkan diri sebagai keliru dan buntu .
Di Perhimpunan Agung UMNO semasa Si Doktor mengumumkan persaraan , ada yang menangis , ada yang merayu , ada yang panik .
Selepas bersara , saya sebagai salah seekor Harimau di Malayan Tigers ingin bertanya , adakah ahli UMNO MT , ahli Kabinet , PM dan DPM membuat kunjungan ke rumah Tun Dr Mahathir bin Mohamad di Seri Kembangan ?
Adakah anda semua ada meluangkan masa di Rumah “Seri Perdana” di Mines pada bila-bila masa , semasa Hari Raya ? Tangan yang mu cium selalu dulu , tangan yang memberi mu nafkah hidup , tangan yang memberi mu pangkat dan kenamaan , tangan yang memberi mu peluang “berkhidmat untuk Negara dan rakyat” .
Lupakah tangan itu ? Detik permulaan untuk menguburkan jasa ini telah bermula . Namun , jasamu Tun , tetap di mata saya , hati saya , dan kepercayaan saya dan rakan – rakan yang bersefahaman dengan Visi ,
Misi dan Aspirasi Tun untuk merealisasikan Wawasan dan kegemilangan . Wahai rakan – rakan ku . Ketepikanlah segala emosi anda dan pengaruh dari sumber lain . Memang benar pimpinan 22 tahun ini , ada positif dan negatifnya .
Jangan datang beritahu saya bahawa ibu bapa mu tidak buat silap pun . Ingatkah kata – kata “Datuk , tolonglah datuk , saya insaf , tolong jangan saman , ni saya bagi ni minum kopi , ok ?” . Tentulah ingat .
Tun pernah buat silap . Namun kesilapan itu , saya percaya sebahagian besarnya hak milik para menteri kabinet . Tun tetap berpendirian teguh untuk menjadi Panglima dan menjadi perisai kepada segala kesilapan administrasi beliau .
Ini tentulah tidak sama seperti kini . “I don’t know , you have to refer to my Minister” . Haha .
Janganlah lupa . Biasiswa JPA , Biasiswa Mara , Biasiswa Petronas , KLCC , Monorail , Pesta – pesta , Perayaan , KL Tower , BTS dsb . Inilah simbol Malaysia . Berjasakah Tun ? Sudah tentu ramai yang tidak setuju .
Namun mampukah anda mencapai rekod Tun selama 22 tahun ? Sudah tentu tidak . Kami semua setuju Visi beliau cukup mantap dan progresif untuk Negara .
Dan kerana titik inilah kami perlu terus berjuang demi diri , bangsa dan Negara .
Berjuanglah demi Negara anda . Negara , tanah tumpah , darah mu .
No comments:
Post a Comment