Kata Datuk Seri Di Raja Tajol Rosli ,
Redang berpaya tanah lundangan...Kayu reput tempat meniti...Setianya saya tiada tandingan....Bagaikan rambut bersimpul mati
Betul lah tu .
Kesetiaan mana wujud dalam politik . Sama ada aku mati , atau mu .
Hanya ada fakta sebegini dalam bidang politik . It is indeed a constant sum game where one will benefit at the expense of the other .
Ada pegawai kerajaan dan ahli UMNO yang telah bersama Dr Mahathir selama 22 tahun .
Selama 22 tahun , Dr Mahathir jadi Perdana Menteri , Presiden UMNO dan Barisan Nasional .
Ini belum kira tempoh Dr Mahathir jadi ahli aktif dalam UMNO dan menjawat jawatan Menteri .
Haih . Ni 22 tahun jadi ketua , takkan tak ada orang yang setia kepada Dr Mahathir .
Nak tunjuk kesetiaan biarlah ikhlas dan rasional .
Dulu zaman Dr Mahathir , ada yang setia , ada yang tidak , sampai lawan Dr Mahathir dan menimbulkan ketidakstabilan politik pun ada .
Terbuktilah 22 tahun Dr Mahathir jadi PM pun tak berguna , sekarang ni semua rakan menjadi lawan .
Dr Mahathir ni berjuang seorang . Sedih aku melihat perkara ini berlaku .
Saya risau sekiranya Tun dapat menjadi wakil Kubang Pasu , UMNO akan 'boo' beliau di Persidangan Perwakilan UMNO .
Dr Mahathir perlu berwaspada dengan orang UMNO yang kini nak jadi pelindung kepada Pak Lah .
Dr Mahathir nampak yakin , namun kami tetap risau .
All the best , Tun .
No comments:
Post a Comment