Penerbitan akhbar Kristian dalam Bahasa Melayu amat kontroversial dan saya sendiri mempunyai dua pendapat yang bercanggah. Kontroversi ini tidak akan dikomen.
Sebentar tadi, saya meluangkan sedikit masa dan berbual dengan sahabat saya di Kuala Terengganu yang beragama Kristian tentang isu ini.
Sahabat saya ini, saya rasa nak puji dia sikit. Pandai berbahasa Melayu, bahasa Jawi pun dia pandai baca dan bertutur. Malah, saya berani kata dia ini serba sedikit tahu tentang ajaran agama Islam.
Janganlah pula nanti perbadanan agama Kristian hantar paderi cari kawan saya ini. Biarlah rakyat Malaysia menganut agama yang diingini dan meluaskan ilmu mereka dalam agama lain juga. Yang penting, umat manusia berbuat baik.
Saya diberitahu dalam kitab agama Kristian ada frasa “Lord God”. Ini menimbulkan masalah dari segi bahasa Malaysia kerana kekurangan perkataan untuk frasa ini.
Penganut Kristian bumiputera di Timur Malaysia dikatakan telah lama menggunakan perkataan Allah. Malah, jiran-jiran mereka yang beragama Islam pun tidak kecoh.
Pada pendapat saya, tentulah jiran-jiran tak bising. Takkanlah jiran-jiran mereka nak tujukan parang dari dapur dan suruh penganut-penganut itu berambus?
Pada pendapat saya, tentulah jiran-jiran tak bising. Takkanlah jiran-jiran mereka nak tujukan parang dari dapur dan suruh penganut-penganut itu berambus?
Mustahil. Malaysia mempunyai undang-undang yang memberi jaminan kebebasan beragama kepada masyarakat majmuknya.
Selama ini, Jesus Christ memang dikenali sebagai Jesus Christ dan God dikenali sebagai God. Frasa-frasa ini telah lama digunakan, sejak kelahiran agama Kristian.
Sama juga bagi agama Islam. Umat Islam melaung “Allahukbar” dan sujud umat Islam hanya kepada Allah.
Sebut sahaja ini, maka yang pertama sekali melintas fikiran seseorang itu ialah yang melaung itu “muslimat/muslimin” dan beragama Islam.
Dilema wujud, menurut kawanku, apabila dalam Bible ada Ayat berikut :
Psa 90:17 And let the favor of the Lord our God be upon us;
dan ini diterjemahkan sebagai :Psa 90:17 Ya TUHAN Allah kami, berkatilah kami
Kekurangan perkataan dalam Bahasa Malaysia menyebabkan dilema ini wujud kerana agak ganjil jika Lord God digantikan dengan Raja Tuhan ataupun Tuhan Agung (seperti yang diterjemahkan oleh kamus dwibahasa).Bagi mengelakkan sensitiviti agama ini timbul sekali lagi pada masa yang akan datang, saya mencadangkan kepada Malaysian Christian Federation dan Tan Sri Bernard Dompok bermesyuarat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka memandangkan isu ini dapat diselesaikan dari segi bahasa.
Saya tak arif sangat dalam isu ini dan sedia mendengar pendapat pembaca dengan syarat komen-komen yang diberi perlulah tenang, matang dan rasional tanpa elemen emosi.
Salam sejahtera.
No comments:
Post a Comment