Thursday, November 13, 2008

Datuk Seri Nazri Aziz Mudah Lupa

Nasib baiklah Datuk Seri Nazri Aziz (DNA) ni mengubah kenyataan asalnya. Di Parlimen, DNA memberi penjelasan bahawa hakim-hakim dalam krisis 1988 tidak dipecat tetapi dinasihatkan bersara.

Tak ada sesiapa pun yang bersuara mengenai isu ini kecuali Tun Dr Mahathir. Dr Mahathir memberi penjelasan sepenuhnya bahawa hakim-hakim itu dipecat dan masih menerima pencen.

Bacalah di blog Chedet - Snippets.

Baru sahaja saya baca laman Malaysiakini dan ternampak tajuk yang mengejutkan : Nazri to Dr M: Don't be 'celupar'

Petikan dari Malaysiakini :

"This is very serious, he should not be too ‘celupar’ and claim things without any basis because the candidates and the parties will suffer the consequences," he said when met by reporters in Parliament today.


Saya tak tahulah DNA sedar diri atau tidak. Semasa Dr M bertanding di Kubang Pasu untuk tempat perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2006, Tun Dr Mahathir membuat kenyataan tentang "money politics".

Bersama-sama dengan kenyataan Tun Dr Mahathir dan sidang akhbar, Tun menunjukkan bukti slip "menu" untuk perwakilan di Kubang Pasu.

Pada masa itu, saya ada menulis segala-galanya yang berlaku di Kubang Pasu di sini. Rasanya, DNA ni nak tengok gambar sekali lagi isu Kubang Pasu 2006 tak?

Ini dia.



Kalau tak silap, isu Kubang Pasu dan "money politics" masih belum selesai. Saya nasihatkan Datuk Seri Nazri Aziz bukalah fail-fail itu dan siasatlah.

Saya percaya Tun akan memberi jawapan kepada tuduhan "celupar" DNA. Kalau tidak, bukti-bukti akan timbul di PAU pada bulan Mac 2009.

Kini, DNA berani kata Tun Dr Mahathir "celupar". Tak apalah, DNA. Tengoklah nanti.

No comments: